Loading...

KL2017: Lagu tema nyanyian Dayang terlalu melankolik

Loading...
KL2017: Lagu tema nyanyian Dayang terlalu melankolik - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KL2017: Lagu tema nyanyian Dayang terlalu melankolik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KL2017: Lagu tema nyanyian Dayang terlalu melankolik
link : KL2017: Lagu tema nyanyian Dayang terlalu melankolik

Baca juga


KL2017: Lagu tema nyanyian Dayang terlalu melankolik

Mohammad Arif Nizam



KUALA LUMPUR – Semua sudah maklumkan lagu berjudul Bangkit Bersama telah menjadi lagu tema Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang membuka tirai 19 Ogos lalu.

Lagu itu turut dipersembahkan di hadapan 80,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil pada acara pembukaan temasya paling besar di Asia Tenggara itu.

Lagu berkenaan hasil gubahan komposer, Datuk Ramli MS dan dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah.

Namun ramai peminat tidak dapat menerima lagu tersebut untuk sebuah acara sukan yang besar.
Ada yang menganggap lagu itu terlalu melankolik dan sesuai untuk dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu.

Mereka lebih menyukai lagu Ella berjudul Standing The Eyes Of World yang cukup berkesan hingga hari ini walapun dicipta ketika Sukan Komanwel 1998.

Malah terdapat atlet mengakui lagu itu tidak sampai ke dalam jiwanya untuk beraksi di KL2017.
Ujarnya, lagu itu akan dilupai orang ramai selepas KL2017 berakhir.

Sebelum ini Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC) telah menjemput masyarakat umum untuk menyumbang idea dan cerita di media sosial bagi digabungkan sebahagian lirik lagu rasmi temasya kali ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pernah berkata, secara peribadi beliau menyukai lagu itu yang bersifat subjektif.

“Bagi saya semua melakukan yang terbaik memahami mesej lirik, digubah dari lirik rakyat Malaysia yang kita terima.

“Lirik bersemangat ini adalah usaha semua rakyat Malaysia dan membawa maksud dan harapan rakyat terhadap kontinjen negara kita yang akan berjuang dalam temasya nanti,” katanya selepas melancarkan lagu itu sebelum KL2017.

Lagu Bangkit Bersama melengkapkan tiga lagu tema yang dicipta untuk KL2017.

Dua lagu awal iaitu bertajuk Tunjuk Belang nyanyian Monoloque, Azlan dan Malique serta lagu bertajuk So Many Hands oleh Mia Palencia dari Sabah turut diterjemahkan dalam bahasa Melayu untuk iklan rasmi KL2017.- MalaysiaGazette




Thus Article KL2017: Lagu tema nyanyian Dayang terlalu melankolik

Itulah artikel KL2017: Lagu tema nyanyian Dayang terlalu melankolik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KL2017: Lagu tema nyanyian Dayang terlalu melankolik dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/kl2017-lagu-tema-nyanyian-dayang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KL2017: Lagu tema nyanyian Dayang terlalu melankolik"

Catat Ulasan

Loading...