Loading...

LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 2-2 SEVILLA

Loading...
LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 2-2 SEVILLA - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 2-2 SEVILLA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 2-2 SEVILLA
link : LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 2-2 SEVILLA

Baca juga


LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 2-2 SEVILLA


Ramai bercakap tentang pertahanan lemah sejak bermusim tetapi Klopp masih bertahan dengan Lovren. Malah pintu perpindahan lepas hanya terdapat sorang sahaja pemain bek dalam dunia, yang lain semua tak wujud dalam carian Klopp. Bila Lovren teruk kita ada Klavan, dan bila Klavan teruk kita kembali kepada Lovren. Sampai bila nak selesai, kesian kat goli yang selama ini jadi mangsa keadaan. Datanglah Buffon sekalipun, dia pun cunggit lari malam kalau selalu trauma bila bek lalai dan longlai.

Kat Anfield Sevilla datang sebagai tetamu dengan reputasi pembawa badi.Namun mereka main sekalian kali dengan corak bertahan. Agak pelik tetapi mungkin corak Berizzo agak wasatiah dari Sampaoli yang ektrimis menyerang. Boleh kita bayang corak Sevilla dengan hantaran jauh tinggi nak macam corak Leicester versi La Liga. Walapun Liverpool giat menyerang dulu tapi pelawat yang didepan. Hantaran lintang Correa tak bahaya, namun Lovren kantoi sepak keluar bola tak kena dan Ben Yadder dapat bola mudah dan pejam mata pon boleh gol untuk menyudahkan gol pembukaan oleh pelawat.

Macam lawan City trio tengah macam tak membantu pertahanan dalam banyak keadaan. Gol kesalahan dari Lovren itu jelas takda bantahan, namun pemain tengah atau jujur cakap Emre secara lalai tak kejar dan cuba halang pemain tengah dari dapat banyak masa untuk buat pilihan dan sasaran nak buat hantaran. Orang nampak Lovren tetapi Klopp minggu lepas dah kecam pemain tengah lalai masa lawan City. Itu sebab mana-mana pasukan menyerang perlu pemain tengah asli bukan jadian macam Emre atau Hendo. Mereka buat kerja ikut kemampuan bukan kebolehan semuladi nak bentes atau pintasan dari tengah.

Keseimbangan ketika bertahan dan menyerang umpama langit dan bumi. Jauh dan berbeza sangat kualitinya. Bila bertahan macam kereta kancil, tetapi menyerang kemain ranggi macam Ferrari. Bahagian depan memang menyengat, dan menyakinkan sampaikan Sevilla terpaksa main dua pemain tengah bertahan menjadikan paling kurang 6 dalam kotak. Tetapi kualiti serangan Liverpool dibantu pemain tengah berjaya merobohkan kubu Sevilla. Gerakan satu dua Moreno dan Hendo menjadi dan Moreno dapat ruang untuk melepaskan hantaran untuk Firmino mejolok mudah gol penyamaan Liverpool.

Liverpool masih menjurus, berkuntau untuk cari gol demi gol. Percubaan tersasar dan tersasar dan ada yang diselamatkan bek dan gol lawan. Itupun sebab corak bertahan mereka yang banyak menyelamatkan keadaan. Namun peluang Liverpool berjaya disempurnakan oleh Salah yang cukup bahaya setiap kali dapat bola di kaki. Peluang kali ni boleh dikatakan sekadar nasib sebab sepakan beliau terbias dan terkantoi diluar jangkauan Rico yang hanya pasrah melihat bola melantun melewati jaring. Anfield bergema bila mendahului 2-1.

Lewat separuh kedua tempo pasukan jadi lebih perlahan. Mungkin ramai yang pancit terutama bahagiam tengah dan penyerang yang tak disalin dari lawan City. Disiplin bertahan dan hanya menyerang bila perlu memang menjadi ikut stamina pemain. Sekali lagi Liverpool menggunakan pemain sayap dengan efektif, Mane berjaya meloloskan diri dan dipeluk dan ditarik bek Sevilla untuk penalti tanpa prejudis dari pengadil. Firmino nak cipta nama buat kali kedua namun hampas dan menghampakan bila sepakan beliau terkena tiang dan melantun keluar. Terlepas peluang untuk membunuh perlawanan.

Sevilla masih gigih cari gol penyamaan walaupun tahu sukar nak menyerang bila penyerang sedia ada tak berapa pantas. Ben Yadder walapun hadiahkan gol cemey namun agak perlahan untuk main dengan Correa yang pantas berlegar dari sayap ke tengah. Kemasukan Muriel ganti Yadder beri impak positif. Gerakan belaiu kucar kacirkan pertahanan dan hasilnya gol penyamaan yang disudahi oleh Correa. Sekali lagi hanya 2 pemain ini dapat bingaikan pertahanan yang tak dibantu oleh pemain tengah yang dari awal tak pintas gerakan mereka dari awal. 2-2 macam kejutan menikam jiwa meluruhkan jantung.

Klopp hanya tunggu lagi 3 suku permain nak masukkan pemain yang baru pulih sakit belakang untuk beri impak. Coutinho ganti Emre tetapi kemasukan bakal pemain Barcelona itu tak banyak beri impak sebab roh beliau mungkin dah bersama Messi dan Suaez kat Nou Camp dan hanya jasad di Anfield. Kemasukan Sturridge dan Ox ganti Mane dan Salah tak beri impak sebab nak hujung permainan dan Sevilla dah cukup puashati dapat curi satu mata kat Anfield dan main susun bas hingga akhir permainan. Gomez sekadar menambah derita Klopp bula dapat kad merah dan bakal digantung 2 perlawanan nanti. Sib baik ada Flanagan untuk bekap Trent.




Thus Article LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 2-2 SEVILLA

Itulah artikel LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 2-2 SEVILLA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 2-2 SEVILLA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/liga-juara-juara-liverpool-2-2-sevilla.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 2-2 SEVILLA"

Catat Ulasan

Loading...