Loading...

LIGA JUARA-JUARA: SPARTAK MOSCOW 1-1 LIVERPOOL

Loading...
LIGA JUARA-JUARA: SPARTAK MOSCOW 1-1 LIVERPOOL - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk LIGA JUARA-JUARA: SPARTAK MOSCOW 1-1 LIVERPOOL, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : LIGA JUARA-JUARA: SPARTAK MOSCOW 1-1 LIVERPOOL
link : LIGA JUARA-JUARA: SPARTAK MOSCOW 1-1 LIVERPOOL

Baca juga


LIGA JUARA-JUARA: SPARTAK MOSCOW 1-1 LIVERPOOL


Memang bukan lagi rahsia pertahanan kita kurang mantap dan seluruh Galaksi Bima Sakti dah tahu. Namun yang menjadi pelik, serangan kita pula dah berjangkit buat perangai tak mampu nak hasilkan gol dari berpuluh-puluh percubaan. Padahal Liverpool dah turunkan barisan serangan terbaik yang kita ada. Sebut Mane, Salah, Firmino dan Coutinho bakal turun pasti bergetar lutut lawan. Namun bila dengar Trent, Matip, Lovren dan Moreno mungkin mereka kembali melompat girang.

Kalau benarlah Massimo Carrera, pengurus Spartak ada wassap pengurus Chelsea, Don Conte tanya tip nak kalahkan Liverpool. Ini bermakna beliau memang buat kerja rumah yang bagus. Conte walaupun pernah kalah dengan Klopp beberapa kali, tetapi bagi cara nak elak dari kena sental dengan serangan Klopp yang hebat. Jadi Carrera arah anak buah main susun bas dan nampaknya taktikal camtu memang membuahkan hasil. Bukan setakat tak kalah siap dapat gol sebiji kot atas.

Penyerang Liverpool masing-masing punyai peluang berlambak-lambak. Faktor susun bas satu hal. Goli jadi tangkas macam Buffon satu hal. Yang paling menyedihkan penyudah tumpul dan hambar. Ada kawan cakap Klopp kena muhasabah balik jangan dok merasa pemain kita dok cukup hebat dah menyerang. Kat latihan dok tibai bertubi-tubi teapi masa perlawanan sebenar rupanya peluang banyak, hanya satu gol terhasil.

Gol Spartak macam gol Coutinho lawan Leicester. Cuma Fernando bernasib baik sebab Karius berada tengah. Kalau kiri sedikit ada kemungkinan bola boleh ditepis sebab bola menjunam ketengah, bukan macam Coutinho yang melencong dari tengah ke bucu.  Mungkin juga susunan benteng ketika lawan nak ambil sepakan juga tak berapa cantik. Adakah patut pemain ketot macam Coutinho, Moreno dan Mane jaga benteng. Pemain tinggi macam Lovren, Matip dan Emre dok jaga lawan.

Bila dah kena awal rasanya peminat yang tengok dah rasa panik sikit. Coutinho jadi penyelamat lagi minggu ini. Nasib baik kes tak jadi pindah ke Barcelona dia tak sentap bawa ke padang. Hasil gerakan sendiri dari tengah, Coutinho main satu-dua dengan Mane. Gerakan Coutinho serta hantaran Mane berjaya membuka kubu Spartak yang kebal dan menghadiahkan gol penyamaan buat Liverpool.

Ikutnya Klopp punyai peluang nak menang jika tukar Firmino dengan Sturridge bukannya Mane. Firmino nampak lemau sejak kebelakangan ni. Antara banyak peluang Firmino pun sekaki kantoi bola mudah sepak pakai lutut. Apakan daya Klopp punyai visi yang lain dari kita fikirkan sebab dia mungkin tak sangka nak sikap percaturan.

Sekarang Liverpool dan Spartak berkongsi mata dan Sevilla cuba jarakkan mata bila menang besar dengan Maribor. Jauh lagi perjalanan namun harap ini kali terakhir cicir mata pada perlawanan yang patut bawa pulang 3 mata. Sebab lawan kita memang tak layak pun dapat 1 mata dengan corak penakut mereka tu.


Thus Article LIGA JUARA-JUARA: SPARTAK MOSCOW 1-1 LIVERPOOL

Itulah artikel LIGA JUARA-JUARA: SPARTAK MOSCOW 1-1 LIVERPOOL Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel LIGA JUARA-JUARA: SPARTAK MOSCOW 1-1 LIVERPOOL dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/liga-juara-juara-spartak-moscow-1-1.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "LIGA JUARA-JUARA: SPARTAK MOSCOW 1-1 LIVERPOOL"

Catat Ulasan

Loading...