Loading...

Lulusan kolej vokasional jalankan perusahaan pergigian tanpa lesen didenda RM70,000

Loading...
Lulusan kolej vokasional jalankan perusahaan pergigian tanpa lesen didenda RM70,000 - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lulusan kolej vokasional jalankan perusahaan pergigian tanpa lesen didenda RM70,000, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lulusan kolej vokasional jalankan perusahaan pergigian tanpa lesen didenda RM70,000
link : Lulusan kolej vokasional jalankan perusahaan pergigian tanpa lesen didenda RM70,000

Baca juga


Lulusan kolej vokasional jalankan perusahaan pergigian tanpa lesen didenda RM70,000

 
Hukuman dijatuhkan ke atas Nur Farahanis Ezatty Adli yang mengaku bersalah sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya.


Nur-Farahanis-Ezatty-Adli_law_600


MELAKA: Seorang lulusan kolej vokasional didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lepas.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, dari Alor Setar, Kedah yang mengaku bersalah sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan gadis itu jalani hukuman penjara 6 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Nur Farahanis Ezatty didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, pada 10.15 malam, 25 Januari lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1) akta itu dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM300,000 atau penjara maksimum 6 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan Nurul Khairiyah Samsudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit, berikutan proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah selain kes berkenaan bukan pertama di Melaka dan Malaysia.

Peguam Janariah Mustafa yang mewakili gadis itu merayu hukuman ringan atas alasan ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya, menjimatkan masa mahkamah, selain insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.




Thus Article Lulusan kolej vokasional jalankan perusahaan pergigian tanpa lesen didenda RM70,000

Itulah artikel Lulusan kolej vokasional jalankan perusahaan pergigian tanpa lesen didenda RM70,000 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lulusan kolej vokasional jalankan perusahaan pergigian tanpa lesen didenda RM70,000 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/lulusan-kolej-vokasional-jalankan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

1 Response to "Lulusan kolej vokasional jalankan perusahaan pergigian tanpa lesen didenda RM70,000"

  1. Satu lagi conman, yang ni bekerja di bahagian construction.

    https://kennytangkengboon.blogspot.com/2019/03/hr-tolong-semak-later-belakang.html

    BalasPadam

Loading...