Loading...

Malaysia berada di tangga ke-152 dunia

Loading...
Malaysia berada di tangga ke-152 dunia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia berada di tangga ke-152 dunia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia berada di tangga ke-152 dunia
link : Malaysia berada di tangga ke-152 dunia

Baca juga


Malaysia berada di tangga ke-152 dunia



ARKIB : 19/12/2006

KUALA LUMPUR – Kegagalan di pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Asia Bawah 20 di Bangalore serta gagal meraih sebarang pingat di temasya Sukan Asia Doha baru-baru ini, menyaksikan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bola sepak kebangsaan jatuh lagi.

Daripada menduduki tangga ke-146 sebelum ini, skuad bola sepak kebangsaan yang gagal meraih sebarang kedudukan terbaik sepanjang tahun ini, terpaksa menerima hakikat terjerumus ke tangga ke-152 dalam ranking terbaru dunia yang dikeluarkan oleh FIFA, semalam.

Situasi itu mengesahkan lagi betapa parahnya kedudukan bola sepak negara di pentas dunia ketika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mensasarkan untuk mencapai impian beraksi di pusingan akhir Piala Dunia 2022.

Kedudukan terbaru bola sepak negara pastinya mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat dan pemerhati bola sepak menyaksikan ranking FIFA bola sepak terus jatuh.

Sementara itu, Brazil masih lagi kekal di tangga teratas FIFA buat kali kelima berturut-turut sementara juara dunia 2006, Itali berada di tempat kedua.

Itali hanya memperoleh beberapa keputusan terbaik untuk berada di kedudukan teratas tetapi mendapat pencapaian terbaik daripada tangga ke-12 terus ke tangga kedua memungut lebih 500 mata.

Argentina yang gagal layak ke separuh akhir Piala Dunia di Jerman Jun lalu kekal di tangga ketiga diikuti oleh Perancis (4), England (5), Jerman (6), Belanda (7), Portugal (8), Nigeria (9) dan Republik Czech (10).

Wakil Afrika, Nigeria berjaya mengekalkan tempat di tangga kesembilan dan tidak berganjak kedudukan begitu juga dengan naib juara Piala Dunia, Perancis dan semi finalis, Jerman.

Tidak banyak berlaku perubahan kedudukan berdasarkan ranking pada November lalu.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2xe5zTB
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Malaysia berada di tangga ke-152 dunia

Itulah artikel Malaysia berada di tangga ke-152 dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia berada di tangga ke-152 dunia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/malaysia-berada-di-tangga-ke-152-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia berada di tangga ke-152 dunia"

Catat Ulasan

Loading...