Loading...

Malaysia bermula hambar

Loading...
Malaysia bermula hambar - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia bermula hambar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia bermula hambar
link : Malaysia bermula hambar

Baca juga


Malaysia bermula hambar



 
ARKIB : 01/03/2007
Malaysia bermula hambar
PENYERANG Syria, Mohamed Ebrhim menanduk masuk gol pertama melepasi jangkauan penjaga gol Malaysia, Nasril Nourdin sambil diperhatikan oleh Sabri Mat Abu pada perlawanan Kumpulan B kelayakan Olimpik di Stadium Al-Abasseen, Damsyik, semalam. Syria menang 3-1. – AP.

KUALA LUMPUR – Dua kesilapan mudah dan jaringan hatrik Mohamed Ebrhim melengkapkan permulaan hambar buat Malaysia yang tewas 3-1 kepada Syria dalam perlawanan bola sepak Kumpulan B Kelayakan Olimpik di Stadium Al-Abasseen, Damsyik, semalam.

Gara-gara cuba meluru keluar dari kawasan penalti ketika menangkis asakan ketua pasukan Syria, penjaga gol negara, Nasril Nourdin tertinggal Ebrhim yang hanya berseorangan untuk menanduk mudah gol sulung tuan rumah pada minit ke-41.

Sepakan ketua pasukan Malaysia, Ahmad Azlan Zainal yang tertampan kaki Ebrhim dari luar kotak penalti pada minit ke-51 pula membolehkan penyerang utama tuan rumah merampas bola sebelum menewaskan Nasril buat kali kedua.

Malaysia dan Nasril terus merana apabila Ebrhim melengkapkan hatriknya dengan satu rembatan kencang kaki kanan hasil umpanan lambung dari sebelah kiri pada minit ke-60 untuk membawa Syria mendahului 3-0

Sekalipun ketinggalan, semangat juang anak didik B. Sathianathan ternyata masih kental untuk merapatkan jurang gol 1-3 apabila Azril Hamid pada minit ke-63, berjaya menyudahkan umpanan oleh Safiq Rahim yang melepasi jerat ofsaid Syria dari sebelah kiri.

Skuad negara menurunkan Nasril di pintu gol, Ahmad Azlan, Aidil Zafuan Razak, S. Subramaniam dan Sabri Mat Abu di barisan belakang sementara Amerul Hadi Zainal, Syamsol Sabtu, Daudsu Jamaluddin dan Khyril mewakili bahagian tengah.

Sathianathan turut membuat kejutan dengan menyandarkan harapan kepada Azril dan Azrul Ahmad selaku penyerang dan meletakkan dua pemain skuad senior negara, Samransak Kram dan Safiq Rahim di bangku simpanan.

Ketika Syria tidak banyak mencipta peluang berbahaya, Malaysia bagaimanapun memperoleh lima sepakan sudut dan pada percubaan keduanya dari sebelah kanan, Azrul nyaris mengejutkan lawan dengan gol pendahuluan setelah tandukannya tersasar tinggi pada minit ke-15.

Minit ke-39 pula menyaksikan anak didik Sathianathan sekali lagi berpeluang untuk mendahului tetapi hanya tampanan seorang pemain tuan rumah mengekang sepakan Amirul Hadi yang sempat mencerobohi kotak penalti lawan.

Tiga minit selepas waktu rehat, Ahmad Azlan pula sekadar menanduk tinggi bola sepakan bebas Amirul biarpun mempunyai kedudukan yang terbuka sementara Azriel turut menyepak liar hasil satu lagi sepakan sudut Malaysia, kira-kira 10 minit kemudian.

Hanya selepas menerima tekanan akibat kedua-dua gol mudah itu, barulah Sathianathan memasukkan Samransak bagi menggantikan Daudsu manakala Safiq, seorang lagi pemain senior negara dalam Kejohanan AFF, Januari lalu, mengambil alih tempat Azrul.

Tugas Malaysia bakal bertambah berat selepas ini apabila menentang Jepun di Stadium Petaling Jaya pada 14 Mac ini. Skuad negara Matahari Terbit itu menumpaskan Hong Kong 3-0 dalam satu lagi perlawanan di Tokyo.

SYRIA... 3

Mohamed Ebrhim (m-41, 51, 60)

MALAYSIA...1

Azril Hamid (m-63)

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2xlkoC4
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Malaysia bermula hambar

Itulah artikel Malaysia bermula hambar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia bermula hambar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/malaysia-bermula-hambar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia bermula hambar"

Catat Ulasan

Loading...