Loading...

Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya Jajan Kepada Kanak-Kanak – Dr Taufiq Razif

Loading...
Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya Jajan Kepada Kanak-Kanak – Dr Taufiq Razif - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya Jajan Kepada Kanak-Kanak – Dr Taufiq Razif, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya Jajan Kepada Kanak-Kanak – Dr Taufiq Razif
link : Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya Jajan Kepada Kanak-Kanak – Dr Taufiq Razif

Baca juga


Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya Jajan Kepada Kanak-Kanak – Dr Taufiq Razif


Pepatah ada berkata, ‘sayang anak tangan-tangankan’ mungkin boleh ditukarkan dengan ‘sayang anak, jauh-jauhkanlah jajan’. Mengapa? Tahukah anda betapa bahayanya jajan atau makanan ringan kepada anak-anak kita?

Perkongsian dari Doktor Taufiq Razif ini pasti akan membuatkan ramai ibu bapa yang akan faham dan mengerti apakah maksud dan nasihat yang disampaikan oleh doktor muda ini.Gambar hiasan

Ramai Betul Tak Tahu Bahaya Jajan Ni

Terkedu saya!

Baru-baru ni saya amik anak saya daripada tadikanya. Yang peliknya anak saya taknak berenggang dengan beg galas dia. Saya dah jadi pelik dah. Bila saya buka je beg dia.

Ya Allah! Penuh dengan jajan!

Hari pertama beg dia penuh dengan bungkusan jajan berperisa jagung. Saya urut dada. Takpelah. Mungkin cikgu dia tersilap masukkan la kot. Hari kedua ketiga lepas tu pun masih dapat jajan lagi.

Bermacam macam perisa pulak tu. Siap dapat lolipop lagi. Saya tak boleh berdiam diri lagi. Saya jumpa terus cikgu tadika anak saya tu.

Saya tak marah pun cikgu tu cuma saya tanya elok-elok je. “Cikgu, kenapa banyak sangat jajan dalam beg anak saya?”.

Cikgu tu macam agak cuak jugak la sebab dia kenal saya kot. Dia cakap ada pelajar yang celebrate birthday jadi bagi bagi je jajan tu kat semua pelajar tadika tu. Saya terkedu!

Eh! Kenapa ada mak ayah yang celebrate anak dengan jajan? Sini saya nak bagitahu keburukan jajan ni kat mak ayah semua. Mana tahu ada yang belum tahu kan.

  • Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi takde nilai nutrisi
  • Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.
  • Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan pada IQ kanak-kanak tu.
  • Walaupun mungkin lepas tu ibubapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tu tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Efeknya? Seumur hidup!

Jadi kepada mana-mana ibubapa tu, tolong la pantau apa yang anak kita makan ye. Zaman sekarang adalah zaman yang mana ‘ penyakit orang dewasa ‘ dah mula menyerang kanak-kanak. Ni la zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun pun dah kena strok dan serangan jantung.

P/S: Tolong ingatkan pasangan dan keluarga kita sekali ye. Sama-sama kita jaga keluarga kita


Thus Article Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya Jajan Kepada Kanak-Kanak – Dr Taufiq Razif

Itulah artikel Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya Jajan Kepada Kanak-Kanak – Dr Taufiq Razif Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya Jajan Kepada Kanak-Kanak – Dr Taufiq Razif dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/masih-ramai-lagi-ibu-bapa-yang-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Masih Ramai Lagi Ibu Bapa Yang Tidak Tahu Betapa Bahayanya Jajan Kepada Kanak-Kanak – Dr Taufiq Razif"

Catat Ulasan

Loading...