Loading...

Mat Taib: Saya masuk balik Umno kerana PKR abai kepentingan Melayu, Islam

Loading...
Mat Taib: Saya masuk balik Umno kerana PKR abai kepentingan Melayu, Islam - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mat Taib: Saya masuk balik Umno kerana PKR abai kepentingan Melayu, Islam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mat Taib: Saya masuk balik Umno kerana PKR abai kepentingan Melayu, Islam
link : Mat Taib: Saya masuk balik Umno kerana PKR abai kepentingan Melayu, Islam

Baca juga


Mat Taib: Saya masuk balik Umno kerana PKR abai kepentingan Melayu, Islam

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas  Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib  kembali menyertai UMNO kerana kecewa PKR tidak mementingkan agenda perjuangan Melayu mahupun Islam.
 
"Hal agenda Melayu, hal agama tidak disentuh ini tidak sihat. Satu masa nanti wujud pergesesan yang kuat (akhirnya) politik dikuasai oleh orang lain.
 
"Saya percaya UMNO parti yang kukuh dan menjaga kepentingan orang Melayu dan jaga kepentingan orang lain.
 
"Rakyat dari semua keturunan mendapat faedah sejak lahir. Saya tidak boleh berada di sana (PKR), lagi lama lagi rugi...saya memperjuangan kepentingan Melayu," katanya.
 
Muhammad menyertai PKR pada tahun 2015. Sebelum itu beliau menyertai PAS pada tahun 2013 setelah sekian lama bersama UMNO di mana beliau memegang pelbagai jawatan termasuk Naib Presiden dan Ketua Penerangan parti.
 
Kemasukkan semula Muhammad Taib diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi. 
 
“Beliau amat menyedari bahawa perjuangan parti pembangkang khususnya PKR amat sia-sia sahaja dan amat bertentangan dengan jiwa dan semangat yang ada pada beliau,” kata Najib merujuk kepada keputusan Muhammad menyertai semula UMNO.
 
“Sebab itulah Allah telah membuka hatinya untuk kembali menyertai UMNO,” tambah Najib.
 
Muhammad hadir bersama Najib pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebentar tadi.
 
Keputusan Muhammad kembali ke UMNO dilihat akan memperkuatkan kempen parti itu untuk menawan semula Selangor daripada pembangkang yang dipimpin oleh PKR sejak 2008.
 
Muhammad adalah bekas ADUN Hulu Selangor dan menjadi Menteri Besar dari tahun 1986 sehingga 1997 dan masih dilihat berpengaruh, khususnya di Selangor, justeru diumpan oleh pembangkang sebelum ini.
 
Najib yakin Muhammad akan kembali berperanan cergas memperkukuhkan UMNO.
 
 


Thus Article Mat Taib: Saya masuk balik Umno kerana PKR abai kepentingan Melayu, Islam

Itulah artikel Mat Taib: Saya masuk balik Umno kerana PKR abai kepentingan Melayu, Islam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mat Taib: Saya masuk balik Umno kerana PKR abai kepentingan Melayu, Islam dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/mat-taib-saya-masuk-balik-umno-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mat Taib: Saya masuk balik Umno kerana PKR abai kepentingan Melayu, Islam"

Catat Ulasan

Loading...