Loading...
Tajuk : Murid Ditendang, Kepala Ditekup Dengan Tong Sampah, Muka Ditonyoh Dengan Penyapu
link : Murid Ditendang, Kepala Ditekup Dengan Tong Sampah, Muka Ditonyoh Dengan Penyapu
Murid Ditendang, Kepala Ditekup Dengan Tong Sampah, Muka Ditonyoh Dengan Penyapu
DENGKIL, SELANGOR – Seorang murid lelaki terpaksa menahan malu dan sakit akibat dibuli oleh beberapa rakan sekolahnya di dalam kelas yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Dengkil.
Video berdurasi 1 minit 51 saat yang dirakam oleh rakan pembuli itu menunjukkan mangsa yang memakai pakaian sukan itu digoncang kepala, tangannya ditendang beberapa kali dan kepalanya ditekup dengan tong sampah.
Mangsa juga ditendang berkali-kali di tangan, belakang badan, kepala dan mukanya ditonyoh dengan penyapu,
Mangsa tidak berdaya melawan hanya mampu menangis dan menahan dirinya diperlakukan sedemikian, sementara kumpulan berkenaan mentertawakannya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada video yang tersebar itu adalah kes buli terbaru atau lama. Juga tiada maklumat teperinci mengenai kejadian itu. Namun netizen meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap murid-murid yang terlibat.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pernah bersetuju jika pelajar yang didapati membuli pelajar yang lain dikenakan tindakan buang sekolah. Ini kerana hukuman yang sedia ada tidak membuatkan pembuli serik dan tindakan buang sekolah dipercayai dapat membendung kejadian buli di sekolah dari terus berlaku.
“Saya tidak bersetuju kalau setakat hendak gantung (persekolahan) 10 hari, tak payah. Kita kena buat lebih lagi,” katanya memetik dari laporan Bernama Ogos lalu.
Malangnya tindakan itu tidak dapat diambil kerana peraturan yang sedia ada tidak membenarkan tindakan itu dilaksanakan
Sumber: The Reporter
Thus Article Murid Ditendang, Kepala Ditekup Dengan Tong Sampah, Muka Ditonyoh Dengan Penyapu
Itulah artikel Murid Ditendang, Kepala Ditekup Dengan Tong Sampah, Muka Ditonyoh Dengan Penyapu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Murid Ditendang, Kepala Ditekup Dengan Tong Sampah, Muka Ditonyoh Dengan Penyapu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/murid-ditendang-kepala-ditekup-dengan.html
0 Response to "Murid Ditendang, Kepala Ditekup Dengan Tong Sampah, Muka Ditonyoh Dengan Penyapu"
Catat Ulasan