Loading...

Norizan cari ketua pasukan

Loading...
Norizan cari ketua pasukan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Norizan cari ketua pasukan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Norizan cari ketua pasukan
link : Norizan cari ketua pasukan

Baca juga


Norizan cari ketua pasukan



ARKIB : 02/01/2007
Oleh A. JAILANI ABDULLAH
KUALA LUMPUR – Ketiadaan bekas ketua pasukan Rosdi Talib daripada skuad kebangsaan telah menimbulkan persoalan siapa yang memikul tugasan itu pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN (Kejohanan AFF) yang akan bermula pada pertengahan bulan ini.

Dengan beberapa pemain yang berada dalam kem latihan ketika ini pernah memikul tanggungjawab selaku ketua pasukan, jurulatih Norizan Bakar mempunyai satu lagi masalah iaitu memikirkan siapa untuk dipilihnya bagi mengetuai pasukan di Bangkok apabila Malaysia memulakan kempen dengan menentang Filipina dalam Kumpulan A.

“Beberapa pemain yang ada ini pernah menjadi ketua pasukan, jadi bukan mudah bagi saya untuk membuat pilihan sekarang.

“Saya percaya bahawa selain keputusan saya sendiri, ketua pasukan itu nanti mestilah selesa dengan tugasnya dan dia dihormati oleh pemain-pemain lain – kalau tidak ia akan hanya berupa satu jawatan sahaja,” kata Norizan.

Bagi Kejohanan AFF yang akan bermula pada 12 Januari, Malaysia diundi ke dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah Thailand, yang masih segar dengan kemenangan 3-1 ke atas Vietnam dalam perlawanan akhir Piala Raja Thai kelmarin.

Pasukan lain dalam kumpulan itu ialah Myanmar yang baru-baru ini menjulang Piala Cabaran Grand Royal 2006 di Mandalay dan Filipina, yang muncul sebagai salah satu daripada dua pasukan yang melepasi pusingan kelayakan.

Pada Sukan Asia di Doha, Qatar, skuad negara diketuai oleh pemain pertahanan Norhafiz Zamani Misbah manakala ketika melawat New Zealand pada awal tahun ini, tugasan itu diberikan kepada pemain tengah Telekom, Mohd. Hardi Jaafar.

Mohd. Shukor Adan, Hairuddin Omar dan Muhammad Khaironnisam Shahabuddin juga pernah menjadi ketua pasukan apabila skuad negara dikendalikan oleh bekas jurulatih Bertalan Bicskei.

Senarai itu bertambah panjang kerana ketua pasukan Bawah 23 di Sukan SEA tahun lepas, Mohd. Fadzli Saari turut berada dalam kem latihan manakala Safiq Rahim adalah ketua pasukan Bawah 20 sebelum dia terpaksa berehat setelah menjalani pembedahan akibat kecederaan ligamen lutut.

Walaupun hak membuat pilihan adalah milik mutlak Norizan, tetapi skuad negara memerlukan ketua pasukan yang bukan sahaja arahannya dihormati tetapi juga boleh mengatur dan mengubah rentak permainan di atas padang.

Pada dasarnya, skuad negara memerlukan seorang jeneral, bukan hanya seorang leftenan.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2fdvHV3
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Norizan cari ketua pasukan

Itulah artikel Norizan cari ketua pasukan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Norizan cari ketua pasukan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/norizan-cari-ketua-pasukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Norizan cari ketua pasukan"

Catat Ulasan

Loading...