Loading...

Norizan pertahan pemain

Loading...
Norizan pertahan pemain - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Norizan pertahan pemain, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Norizan pertahan pemain
link : Norizan pertahan pemain

Baca juga


Norizan pertahan pemain



ARKIB : 01/12/2006

DOHA – Norizan Bakar bingkas mempertahankan pemain-pemainnya selepas skuad negara kalah 3-1 kepada Oman pada perlawanan sulung mereka dalam acara bola sepak Sukan Asia di sini dan berkata keputusan itu tidak adil buat mereka.

Malah, jurulatih kebangsaan itu memuji persembahan beberapa pemain muda terutama Safiq Rahim dan Khyril Muhaymeen Zambri.

‘‘Keputusan itu tidak menggambarkan keadaan sebenar mutu permainan pasukan,” katanya.

‘‘Mereka telah bermain dengan baik, terutamanya pemain-pemain muda seperti Safiq Rahim dan Khyril. Malah beberapa pemain muda telah menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding sebahagian rakan mereka yang lebih senior,” tegasnya.

Safiq dan Khyril berada dalam skuad pada saat-saat akhir iaitu selepas mereka pulang dari misi ke Banglore, India bersama skuad Bawah-20 yang dipimpin oleh K. Rajagopal.

Dalam perlawanan kelmarin, seperti dijangka skuad Norizan bermain secara berhati-hati iaitu memperketatkan bahagian belakang dan hanya mencari peluang untuk menjaringkan gol menerusi serangan balas.

Ia kelihatan berjaya pada awalnya tetapi dua pertahanan dari skuad senior kebangsaan, ketua pasukan Norhafiz Zamani Misbah dan Muhamad Kaironnisam Sahabuddin terpaksa bekerja keras dengan dibantu oleh Ronny Harun di bahagian kiri dan Azlan Ismail di kanan benteng.

Penjaga gol dari Selangor, Syed Adney Syed Hussain juga bertindak cemerlang walaupun kelihatan gugup pada awalnya. Dia disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas penjaga gawang pilihan pertama Mohd. Iqbal Suhimi cedera lutut.

Bagaimanapun, kesilapan sayap kiri Nor Farhan Muhammad yang tersepak masuk ke gawang sendiri pada minit ke-40 menjejaskan semangat skuad negara.

Jaringan itu, menurut Norizan menunjukkan kelemahan pemain-pemain negara iaitu mereka hilang tumpuan apabila permainan menuju hujung setiap babak.

Perkara yang hampir sama berulang pada separuh masa kedua apabila skuad negara dibolosi oleh gol ketiga Oman pada minit ke-88 menerusi percubaan jarak dekat Badar Maimani. Gol kedua Oman dihasilkan pada minit ke-57 oleh Ibrahim Ghailani.

Perlawanan itu, dari satu segi, kata Norizan menunjukkan pemain-pemain negara tidak mudah patah semangat apabila bangkit menyerang selepas rehat dan berjaya menghasilkan gol tunggal menerusi gerakan menarik yang disempurnakan dari jarak dekat oleh pemain tengah Hardi Jaafar pada minit ke-61.

Perlawanan kedua Malaysia ialah menentang China pada Ahad ini. China mengalahkan pasukan dari pusingan pertama Iraq 1-0.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2xdrN8w
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Norizan pertahan pemain

Itulah artikel Norizan pertahan pemain Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Norizan pertahan pemain dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/norizan-pertahan-pemain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Norizan pertahan pemain"

Catat Ulasan

Loading...