Loading...
Tajuk : Pahang mudah jinakkan Perak
link : Pahang mudah jinakkan Perak
Pahang mudah jinakkan Perak
Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
PEMAIN Pahang, Mohd. Afif Amiruddin meraikan jaringan kedua sambil mendukung rakan sepasukan dalam aksi menentang Perak pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
PAHANG mengutip bekalan agak selesa apabila berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Perak pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2017 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
Pada perlawanan tersebut, Pahang yang beraksi selaku tuan rumah menepati ramalan apabila mempamerkan rentak serangan bertali arus seawal babak pertama dalam usaha mengenal pasti kawasan longgar di barisan pertahanan The Bos Gaurus.
Selepas beberapa percubaan, Pahang akhirnya menjaringkan gol pertama menerusi Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-35 sebelum disusuli jaringan kedua oleh Mohd. Afif Amiruddin berselang dua minit kemudian.
Semakin bersemangat sejurus menyaksikan kejayaan menghasilkan jaringan kedua, tiba giliran ketua skuad Tok Gajah, Matthew Davies pula menggegarkan jaring gawang Perak pada minit ke-40 untuk terus menjarakkan kedudukan.
Memasuki babak kedua, Perak tampak cuba bangkit dengan melakukan asakan ke pintu gawang Pahang terutama pada sepanjang lima minit pertama, namun skuad tuan rumah pantas melancarkan serangan balas sekali gus memaksa The Bos Gaurus kembali bertahan.
Terlalu ghairah melancarkan serangan yang tidak seimbang dengan keperluan bertahan, kelalaian Pahang akhirnya dihukum apabila penyerang The Bos Gaurus, Gilmar Jose Da Silva Filho menggegarkan jaring gawang skuad Tok Gajah pada minit ke-68 bagi mencetak kedudukan 3-1 yang kekal sehingga tamat tempoh 90 minit perlawanan.
Mengulas aksi kemenangan itu, pemangku jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Ahmad Rosdi mengakui lega sejurus menyaksikan para pemain skuad Tok Gajah menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama sekali gus menggugat semangat The Bos Gaurus.
“Alhamdullilah, segala perancangan berjaya dilakukan oleh semua pemain dengan lancar. Saya harap kemenangan ini akan menjadikan pemain lebih bersemangat untuk membawa Pahang ke separuh akhir,” katanya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2jyKKx0
Hakcipta terpelihara
Thus Article Pahang mudah jinakkan Perak
Itulah artikel Pahang mudah jinakkan Perak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pahang mudah jinakkan Perak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pahang-mudah-jinakkan-perak.html
0 Response to "Pahang mudah jinakkan Perak"
Catat Ulasan