Loading...
Tajuk : PAS gesa pembentangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik dibuat sebelum PRU14
link : PAS gesa pembentangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik dibuat sebelum PRU14
PAS gesa pembentangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik dibuat sebelum PRU14
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Pembentangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) perlu dipercepatkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), demikian menurut Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ujarnya, ia bagi mengekang politik wang serta derma asing dalam pilihan raya umum akan datang.
"(Ia) supaya amalan politik wang dan budaya rasuah dapat dikawal untuk mengelakkan insiden pembelian undi.
"Ia juga dapat mengelakkan peristiwa seperti dana derma berbilion ringgit daripada negara luar dapat disalurkan tanpa dikesan sehingga ia terbongkar di ruangan awam," kata dalam satu kenyataan.
Reaksi itu menyusul selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata akta berkenaan tidak akan dibentangkan di parlimen sebelum PRU14.
Menurut Paul, jawatankuasa teknikal mengenai perkara itu sedang dalam proses menggubal akta baru itu.
Bagaimanapun ulas Tuan Ibrahim, akta itu sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada sidang berikutnya Oktober ini.
"Sepatutnya segala kajian dan cadangan mengenai akta ini sudahpun selesai. Apakah yang sedang menyebabkan kelewatan ini?" soal beliau lagi.
RUU PDEA ialah salah satu daripada 32 syor yang dicadangkan Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan Bagi Pembiayaan Politik.
Thus Article PAS gesa pembentangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik dibuat sebelum PRU14
Itulah artikel PAS gesa pembentangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik dibuat sebelum PRU14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PAS gesa pembentangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik dibuat sebelum PRU14 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pas-gesa-pembentangan-akta-sumbangan.html
0 Response to "PAS gesa pembentangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik dibuat sebelum PRU14"
Catat Ulasan