Loading...

PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan

Loading...
PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan
link : PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan

Baca juga


PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan



PAS desak polis, Jakim dan KDN mengambil tindakan tegas terhadap Siti Kasim dan seorang pengguna Facebook berhubung catatan mengenai upacara korban.


david-orok-siti-kasim-korban-lembu

PETALING JAYA: PAS Selangor hari ini mendesak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap peguam Siti Kasim dan seorang pengguna Facebook, David Orok, berhubung catatan mengenai upacara korban.

Mereka mendesak pihak berkuasa melancarkan siasatan kerana catatan mereka menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Selangor mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Siti Kasim yang mendakwa Tuhan tidak pernah memerintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya dan Al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi itu daripada Tuhan.

“Kenyataan itu berbaur hasutan dan berbentuk provokasi. Ini bercanggah dengan ajaran Islam malah menyentuh sensitiviti umat Islam yang mengamalkan ajaran yang jelas berdasarkan pandangan para ulamak dan fuqaha’.

“Siti Kasim tiada kelayakan akademik dan tidak ada integriti dalam mengulas hal ehwal Islam, termasuk memberi pandangan tentang kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail,” kata PAS Selangor dalam kenyataan selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam.

Kenyataan itu dibuat secara bersama oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor Rizuan Rahmat; Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Halim dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan.

PAS menjelaskan sembelihan korban bukan sekadar sembelihan binatang tetapi sebagai tanda syukur dan amalan bersedekah atas nikmat rezeki daripada haiwan ternakan sebagai sebahagian pensyariatan korban tersebut.

“Binatang ternakan diciptakan Allah sebagai sumber rezeki dan makanan kepada manusia sejak zaman-berzaman, tidak mengira agama dan bangsa.

“Hanya Islam menjadikan penyembelihan dan korban disyariatkan bagi menghalalkan daging untuk dimakan dan juga sebagai tanda syukur serta mengenang peristiwa kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika Aidiladha.



Thus Article PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan

Itulah artikel PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pas-selangor-desak-siti-kasim-david.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan"

Catat Ulasan

Loading...