Loading...

Pecah meja: Jamal ke balai polis bawa penukul

Loading...
Pecah meja: Jamal ke balai polis bawa penukul - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pecah meja: Jamal ke balai polis bawa penukul, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pecah meja: Jamal ke balai polis bawa penukul
link : Pecah meja: Jamal ke balai polis bawa penukul

Baca juga


Pecah meja: Jamal ke balai polis bawa penukul

 
Tindakan Jamal menghayun penukul minggu lalu didakwa seperti samseng dan bertindak di luar batasan undang-undang.


jamal

AMPANG: Datuk Seri Jamal Yunos hadir ke balai polis hari ini memberi keterangan selepas tindakannya menghayun penukul untuk memecahkan sebuah meja minggu lalu didakwa seperti samseng dan bertindak di luar batasan undang-undang.

Berikutan laporan oleh beberapa pihak dan individu kepada polis, Jamal berkata penukul yang digunakannya minggu lalu itu turut diminta diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Selepas sidang media itu, saya dimaklumkan beberapa pihak dan individu membuat laporan polis terhadap kami dan rakan-rakan (kami yang) lain kononnya kami ini menakutkan, samseng dan bertindak di luar batasan undang-undang.

“Kami rasa sangat hairan dan sangat sedih. Kami ini pemimpin politik dan NGO, terutama dalam Selangor dan apa kami bawa ini isu masyarakat iaitu tentang apa berlaku di Selangor terlalu banyak kedai judi,” katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

5 September lalu, Jamal memberi amaran supaya kerajaan Selangor mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan lesen pusat judi atau berdepan tindakan “di luar batas undang-undang”.

“Jika majlis (PBT) tidak mengambil tindakan dalam 2 minggu lagi jangan salah kami rakan-rakan NGO bertindak di luar daripada lunas undang,” kata ketua Umno Sungai Besar itu.

Sidang media yang diadakan di pejabat Gabungan NGO Malaysia yang dipengerusikannya itu turut menyaksikan Jamal menghayun penukul untuk memecahkan sebuah meja bagi menunjukkan tindakan yang akan diambilnya.

Mengulas lanjut, Jamal berkata walaupun dipanggil polis beliau tetap menggesa kerajaan Selangor membekukan lesen pusat hiburan dan keluarga serta membatalkan lesen yang dikeluarkan sebelum ini oleh PBT.

“Saya banyak menerima aduan daripada masyarakat tentang apa berlaku di Selangor.

“Kalau PBT batalkan lesen yang diberi dulu, kalau mereka beroperasi tanpa lesen, kita boleh buat aduan pada polis.

“Kami sebagai pemimpin masyarakat tidak boleh duduk diam, kalau diam kami kena letak jawatan semua yang ada,” katanya.



Thus Article Pecah meja: Jamal ke balai polis bawa penukul

Itulah artikel Pecah meja: Jamal ke balai polis bawa penukul Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pecah meja: Jamal ke balai polis bawa penukul dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pecah-meja-jamal-ke-balai-polis-bawa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pecah meja: Jamal ke balai polis bawa penukul"

Catat Ulasan

Loading...