Loading...
Tajuk : Pegawai JPJ "Fasih Cakap Mandarin" Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah Selepas Videonya Jadi Viral..
link : Pegawai JPJ "Fasih Cakap Mandarin" Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah Selepas Videonya Jadi Viral..
Pegawai JPJ "Fasih Cakap Mandarin" Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah Selepas Videonya Jadi Viral..
SHAH ALAM - Selepas videonya tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ), Nur Syafiqah Azaman dipanggil untuk bertemu Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid di Putrajaya.
Pegawai Perhubungan Awam JPJ Perlis, Mohd Tarmizi Ghazali yang berkata, undangan itu merupakan satu penghormatan khususnya buat JPJ Perlis.
“Nur Syafiqah bertugas di kaunter pendaftaran kenderaan. Beliau akan berhadapan terus dengan pelanggan.
“Apabila dapat menyelesaikan tugas dan membantu pelanggan, ia adalah kejayaan buat kami. Selepas video itu tular, ia secara tidak langsung memberikan imej yang lebih baik buat JPJ,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Nur Syafiqah dijangka bertemu Shaharuddin pada hari esok.
Terdahulu, Nur Syafiqah, 23, menjadi sebutan apabila video yang dirakam salah seorang pegawai JPJ tular di media sosial.
Nur Syafiqah membantu dua pelajar warga China dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang dipohon pelajar berkenaan.
Video berdurasi satu minit 38 saat itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata berbangga dengan apabila Nur Syafiqah fasih bercakap Mandarin.
Sumber: Sinar Harian
Thus Article Pegawai JPJ "Fasih Cakap Mandarin" Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah Selepas Videonya Jadi Viral..
Itulah artikel Pegawai JPJ "Fasih Cakap Mandarin" Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah Selepas Videonya Jadi Viral.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pegawai JPJ "Fasih Cakap Mandarin" Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah Selepas Videonya Jadi Viral.. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pegawai-jpj-fasih-cakap-mandarin.html
0 Response to "Pegawai JPJ "Fasih Cakap Mandarin" Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah Selepas Videonya Jadi Viral.."
Catat Ulasan