Loading...

Pejabat Jawi KL jadi sasaran aduan khidmat lembab, malas

Loading...
Pejabat Jawi KL jadi sasaran aduan khidmat lembab, malas - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pejabat Jawi KL jadi sasaran aduan khidmat lembab, malas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pejabat Jawi KL jadi sasaran aduan khidmat lembab, malas
link : Pejabat Jawi KL jadi sasaran aduan khidmat lembab, malas

Baca juga


Pejabat Jawi KL jadi sasaran aduan khidmat lembab, malas

 
Antara mereka yang mendapati sukar berurusan dengan Jawi ialah Dr Ahmad Farouk Musa, yang terkejut apabila permintaan untuk alamat emel Jawi ditolak.


Farouk-Musa-jawi


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan lembab, panggilan tidak terjawab dan sikap “malas” serta tidak profesional adalah antara luahan orang ramai di media sosial terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Dan rasa kurang puas hati itu turut dialami Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, yang mendapati sukar berurusan atau berhubung dengan Jawi.

Menurut Dr Farouk, beliau banyak kali cuba menghubungi Jawi bagi meminta tarikh baru untuk sesi soal siasat berhubung jemputan IRF kepada akademik kelahiran Turki, Mustafa Akyol dalam siri ceramah anjuran IRF.

“Setiap kali saya menelefon pejabat Jawi di Kuala Lumpur, tiada jawapan. Selepas berpuluh-puluh panggilan, hanya sekali dijawab,” kata aktivis itu, yang juga pensyarah perubatan di Universiti Monash Malaysia, kepada FMT.

Dr Farouk kini berdepan tindakan Jawi kerana menjemput Akyol, penulis terkenal yang baru-baru ini ditahan 18 jam kerana “mengajar agama tanpa tauliah”, kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 2001.

Akyol semalam memberitahu Jawi beliau bukan sahaja tidak tahu prosedur Jawi, tetapi juga bukan seorang penceramah agama, sebaliknya seorang akademik yang memberikan pandangannya.

Surat arahan dikeluarkan kelmarin memaklumkan Dr Farouk supaya hadir ke pejabat Jawi di Kuala Lumpur pada hari ini atas tuduhan “bersubahat” dengan Akyol.

Menurut Dr Farouk, beliau memohon kepada Jawi sekiranya boleh memindahkan tarikh soal siasat kepada Isnin depan, tetapi mendapati sukar berhubung dengan jabatan itu.

“Pegawai Jawi berkata saya perlu menulis surat rasmi. Saya meminta alamat email.

“Jawapan yang saya terima mengejutkan, iaitu ‘kami tak boleh beri harta kami’!,” kata Dr Farouk yang berkata beliau masih tidak percaya dengan jawapan itu.

“Sejak bila alamat email jadi ‘harta’?” soalnya.

Menurut Dr Farouk, beliau turut cuba menghantar surat rasmi menggunakan faks, tetapi gagal.

4560d0e8-0077-4fe5-b34a-5db56a9261aa

“Inilah tahap pentadbiran agama kita. Tapi mereka masih berani memantau bicara intelektual,” katanya.

Tinjauan FMT di media sosial mendedahkan keluhan seperti diutarakan Dr Farouk turut dikongsi ramai yang mendapati sukar berurusan dengan Jawi.

“Servis punya teruk macam ni pun ada masa lagi monitor wacana ilmu,” kata Afiqah Zulkifli merujuk pelbagai aduan dimuat naik di Facebook.

Antara aduan itu ialah staf yang tidak kelihatan pada waktu pejabat.

“Sistem menyusahkan orang, bukan lagi menyenangkan. Pergi nak hantar borang kahwin kena time kerja saja, dah pegi kul 11 pagi wak,” menurut salah satu aduan.

“Servis tak serupa dengan nama yang diberi. Pejabat agama Islam tetapi memberikan servis yang sangat teruk. Staf yang kurang ajar yang mengaibkan si pengadu tanpa mengetahui hal sebenar,” kata Nadiah Jaafar ketika mengulas tahap perkhidmatan pejabat Jawi di Kuala Lumpur.

FMT sedang cuba mendapatkan respons daripada pihak Jawi.



Thus Article Pejabat Jawi KL jadi sasaran aduan khidmat lembab, malas

Itulah artikel Pejabat Jawi KL jadi sasaran aduan khidmat lembab, malas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pejabat Jawi KL jadi sasaran aduan khidmat lembab, malas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pejabat-jawi-kl-jadi-sasaran-aduan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pejabat Jawi KL jadi sasaran aduan khidmat lembab, malas"

Catat Ulasan

Loading...