Loading...

Pelik! Kambing Mati Diserang Pemangsa Misteri, Pontianak?

Loading...
Pelik! Kambing Mati Diserang Pemangsa Misteri, Pontianak? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelik! Kambing Mati Diserang Pemangsa Misteri, Pontianak?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelik! Kambing Mati Diserang Pemangsa Misteri, Pontianak?
link : Pelik! Kambing Mati Diserang Pemangsa Misteri, Pontianak?

Baca juga


Pelik! Kambing Mati Diserang Pemangsa Misteri, Pontianak?


PENDUDUK di Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY), Indonesia kini pelik dengan kejadian sejumlah kambing milik seorang penduduk mati dalam keadaan aneh apabila semua darah haiwan itu kering dan ada dua lubang pada leher seperti kesan gigitan pontianak.

Menurut laporan Liputan6, pemilik kambing itu, Suraji, di Dusun Danggolo, Desa Purwodadi, Kecamatan Tepus, Gunungkidul, berkata tujuh daripada lapan kambingnya ditemui mati dalam kandang yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

“Seekor kambing yang terselamat luka di kaki manakala seekor lembu tidak diapa-apakan,” katanya semalam.

Suraji sudah memasang pagar kayu dan buluh bagi mengelak haiwan buas masuk ke kawasan kandang dan dia menemui kesan tapak kaki kecil di sekitar kandang.

Namun, penduduk berasa pelik kerana badan kambing tiada kesan luka, hanya beberapa bahagian kecil kelihatan seperti dimamah.

Suraji dan penduduk menemui kesan luka di leher yang menyebabkan kambing terbabit kehabisan darah namun tiada kesan lumuran daerah di sekitar kawasan jadian.

“Haiwan pemangsa itu mungkin puluhan jumlahnya dan kesan tapak kaki kecil menuju ke kawasan bukit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertanian dan Penternakan Gunungkidul, Bambang Wisnu Broto, berkata pihaknya belum dapat memastikan haiwan pemangsa yang menyerang kambing terbabit,

Ketua kampung, Purwodadi Sucipto, mendakwa sudah lebih 50 kambing milik penduduk menjadi mangsa serangan misteri itu dan pihaknya akan mengadakan rondaan selepas ini.

Sumber: Harian Metro


Thus Article Pelik! Kambing Mati Diserang Pemangsa Misteri, Pontianak?

Itulah artikel Pelik! Kambing Mati Diserang Pemangsa Misteri, Pontianak? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelik! Kambing Mati Diserang Pemangsa Misteri, Pontianak? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pelik-kambing-mati-diserang-pemangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelik! Kambing Mati Diserang Pemangsa Misteri, Pontianak?"

Catat Ulasan

Loading...