Loading...

Pemain naturalisasi Hong Kong ancaman utama Malaysia

Loading...
Pemain naturalisasi Hong Kong ancaman utama Malaysia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemain naturalisasi Hong Kong ancaman utama Malaysia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pemain naturalisasi Hong Kong ancaman utama Malaysia
link : Pemain naturalisasi Hong Kong ancaman utama Malaysia

Baca juga


Pemain naturalisasi Hong Kong ancaman utama Malaysia



Pemain naturalisasi Hong Kong ancaman utama Malaysia
 Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada (dua dari kiri) bersalaman
Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada (dua dari kiri) bersalaman bersama Ketua Jurulatih Syria, Ayman Al Hakeem (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim (kanan) dan Kapten Syria, Mahmoud Al Mawas (kiri) di Sidang akhbar Pra-Perlawanan Antarabangsa A Malaysia lwn Syria di Hotel Hatten, Banda Hilir, di sini hari ini. Utusan/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

05 September 2017 3:00 AM
MELAKA 4 Sept. – Kehadiran ramai pemain naturalisasi menjadikan Hong Kong pasukan yang sukar dijangka dan mampu membuat kejutan apabila menentang Malaysia dalam kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat, esok.

Tonggak pertahanan Harimau Malaya, Nazirul Naim Che Hashim juga mengakui, ketinggian yang dimiliki benteng lawan mampu memberi kesukaran buat pemain negara dalam melakukan sepakan sudut atau hantaran bola lambung.

Katanya lagi, pemain natura­lisasi negara itu juga memiliki skil dan kawalan bola yang baik, selain dibantu rangkaian sera­ngan yang mampu mengundang masalah buat Malaysia andai diberi terlalu banyak ruang.

“Mereka memiliki beberapa pemain na­turalisasi yang mampu memberi masalah kepada kita jika tidak diawasi dan diberi ba­nyak ruang.

“Bagaimanapun, Hong Kong juga ada kelemahan dan kita perlu memanfaatkan sepenuhnya kelemahan itu, selain berterusan mengatur serangan ke gawang mereka.

“Saya pasti jurulatih (Nelo Vingada) sudah mempunyai pe­rancangan tersendiri dan mengenal pasti kelemahan lawan, kami hanya akan beraksi mengikut strategi yang dirancang. Sudah tentu tiga mata adalah misi utama,” ujarnya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim mahu rakan-rakannya memanfaatkan aksi di tempat sendiri untuk mengutip tiga mata selepas terlepas berbuat demikian dalam perlawanan sulung ekoran kekalahan 1-2 kepada Lebanon di Larkin, 13 Jun lalu.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu berkata, kemenangan dalam perlawanan kedua Kumpulan B menentang Hong Kong esok juga adalah peluang terbaik skuad negara bagi mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya.

“Sebagai pemain, kami perlu mengikut apa sahaja yang dia­rahkan oleh ketua jurulatih dan menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh beliau.

“Pihak lawan ada peranca­ngan dan kelebihan mereka yang tersendiri, tetapi kita juga ada kelebihan selain bermain di tempat sendiri, maka kita tidak boleh mensia-siakan peluang itu,” katanya dalam sidang akhbar di Banda Hilir di sini hari ini.

Dalam masa sama katanya, sokongan daripada peminat bola sepak tanah air juga diharapkan dapat memenuhi stadium dalam perlawanan itu bagi meningkatkan motivasi para pemain negara.

“Apabila turun ke padang, sokongan penonton mampu membakar semangat pemain dan kami amat mengharapkan semua pihak dapat datang menyaksikan perlawanan itu,” katanya lagi
Sumber-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 05 September 2017 3:00 AM



Thus Article Pemain naturalisasi Hong Kong ancaman utama Malaysia

Itulah artikel Pemain naturalisasi Hong Kong ancaman utama Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pemain naturalisasi Hong Kong ancaman utama Malaysia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pemain-naturalisasi-hong-kong-ancaman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemain naturalisasi Hong Kong ancaman utama Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...