Loading...
Tajuk : Pengacara terkenal Mahadzir Lokman kritikal di PPUM
link : Pengacara terkenal Mahadzir Lokman kritikal di PPUM
Pengacara terkenal Mahadzir Lokman kritikal di PPUM
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas tidak sedarkan diri sejak pagi tadi.
Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, Selangor. Keadaan beliau bagaimanapun stabil, demikian menurut jurucakap keluarganya, lapor Astro Awani.
Adik kepada Mahadzir, Danial Lokman memberitahu bahawa abangnya baru pulang dari Jakarta, Indonesia atas urusan kerja dua hari lalu.
Beliau dilaporkan terkena sejenis jangkitan yang telah menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapinya merosot.
“Abang saya tidak sedar diri sejak Subuh tadi. Kami cuba mengejutkan beliau untuk memberi suntikan insulin sekitar jam 10 pagi tapi beliau sudah tidak sedarkan diri dan pernafasannya terganggu,” kata Danial.
“Kami terus menelefon ambulans dan Mahadzir terus dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya kepada portal itu.
Menurut Danial, Mahadzir, 60, juga dilaporkan kini mengalami radang paru-paru dan buah pinggang beliau terjejas akibat terkena jangkitan.
Danial turut berkata harapan keluarganya agar rakan-rakan dan peminat yang mengenali Mahadzir untuk mendoakan kesejahteraan abangnya
Thus Article Pengacara terkenal Mahadzir Lokman kritikal di PPUM
Itulah artikel Pengacara terkenal Mahadzir Lokman kritikal di PPUM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pengacara terkenal Mahadzir Lokman kritikal di PPUM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pengacara-terkenal-mahadzir-lokman.html
0 Response to "Pengacara terkenal Mahadzir Lokman kritikal di PPUM"
Catat Ulasan