Loading...

Pengerusi baru FGV mula bertugas esok

Loading...
Pengerusi baru FGV mula bertugas esok - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengerusi baru FGV mula bertugas esok, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pengerusi baru FGV mula bertugas esok
link : Pengerusi baru FGV mula bertugas esok

Baca juga


Pengerusi baru FGV mula bertugas esok

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi baru Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Wira Azhar Abdul Hamid akan mempengerusikan mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah dan pengurusan utama apabila memulakan tugas pertamanya dengan syarikat itu esok.
 
Bercakap kepada Bernama semalam, Azhar berkata beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan FGV dan menambah nilai kepada syarikat pertanian dan komoditi dunia itu.
 
“Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengembalikan keyakinan terhadap syarikat, dan memastikan semuanya dilakukan mengikut cara yang betul… oleh itu jika ada yang jelas, kami perlu betulkan.
“Dan, saya juga mahu memastikan kami dapat menyelesaikan isu berkaitan Ketua Pegawai Eksekutif secepat mungkin,” katanya.
 
Azhar mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas pelantikan itu, dan memberi jaminan bahawa FGV akan melaksanakan janji-janjinya kepada pemegang kepentingan di bawah kepimpinan beliau.
 
Pada Jumaat, Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Azhar, yang akan mengambil alih jawatan itu daripada pemangku pengerusi FGV Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, yang juga pengarah bukan eksekutif syarikat berkenaan.
 
Dalam kenyataannya, Najib berkata beliau yakin Azhar yang memiliki pengalaman luas mampu mengetuai FGV dengan berkesan, dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan pelabur, dan menterjemahkannya dalam bentuk harga saham syarikat yang lebih kukuh.
 
Azhar turut ditanya mengenai kekeliruan susulan pengumuman oleh Bursa Malaysia pada petang semalam bahawa FGV tidak menerima makluman bertulis daripada Menteri Kewangan (Diperbadankan) mengenai pelantikan beliau sebagai Pengerusi FGV.“Perkara itu akan selesai pada pagi Isnin,” kata Azhar.
 
Azhar sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Malakoff Corporation Bhd dan pernah bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd.
 
Beliau juga pernah berkhidmat dalam sektor perladangan bersama Sime Darby sebagai Naib Presiden Eksekutif Bahagian Perladangan  and  Perniagaan Pertanian, dan Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif dari 20 Mei 2010 hingga Jun 2010.
 
“Saya telah mengetuai beberapa syarikat senaraian awam dan selain itu perladangan merupakan bidang yang sangat saya minati.“Oleh itu, saya tidak sabar lagi untuk memenuhi cabaran, dan saya amat berminat untuk memulihkan dan menambah nilai kepada organisasi,” kata Azhar.
 
 


Thus Article Pengerusi baru FGV mula bertugas esok

Itulah artikel Pengerusi baru FGV mula bertugas esok Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pengerusi baru FGV mula bertugas esok dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pengerusi-baru-fgv-mula-bertugas-esok.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengerusi baru FGV mula bertugas esok"

Catat Ulasan

Loading...