Loading...

Perjalanan Tok Gajah masih jauh

Loading...
Perjalanan Tok Gajah masih jauh - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perjalanan Tok Gajah masih jauh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perjalanan Tok Gajah masih jauh
link : Perjalanan Tok Gajah masih jauh

Baca juga


Perjalanan Tok Gajah masih jauh



ARKIB : 03/01/2007

KUALA LUMPUR – Jurulatih Pahang, Ahmad Yusuf mengingatkan anak buahnya agar tidak sesekali terbawa-bawa dengan kedudukan ketiga mereka dalam persaingan bola sepak Liga Super sekarang.

Katanya, enam mata yang turut diperoleh daripada tiga perlawanan Tok Gajah memang diidamkannya tetapi perjalanan liga masih jauh dan banyak pasukan yang perlu ditentang musim ini.

“Pahang perlu berpijak di bumi nyata dengan kedudukan ini. Mungkin hari ini kami berada di antara kelompok teratas tetapi kalah perlawanan berikutnya mampu menurunkan kami tiba-tiba,” katanya.

Tok Gajah bagaimanapun masih boleh berbangga kerana mampu mengutip dua kemenangan di tempat lawan, masing-masing ke atas Melaka dan Telekom 2-1 selain berterima kasih dengan aksi cemerlang Rashid Mamud.

Tiga jaringan pemain berusia 28 tahun itu sekali gus menampung ketiadaan ayam tambatan Pahang, Indra Putra Mahyuddin yang tercedera kaki dan masih menjalani pemulihan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Pahang yang kalah 2-1 dalam perebutan Piala Sultan Ahmad Shah, 16 Disember lalu, bakal bermain selaku tuan rumah kali pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan dengan menanti kunjungan DPMM Brunei.

“Kesungguhan pasukan telah terbukti dengan kemampuan memenangi dua perlawanan di gelanggang lawan. Kali ini kami ada alasan yang lebih kuat untuk menang kerana turun sebagai tuan rumah.

“Ia juga akan menggalakkan lebih ramai peminat ke stadium dan menyokong kami sepanjang musim ini,” kata Ahmad yang menggantikan Zainal Abidin Hassan selepas cuma menjadi penolong jurulatih, musim lalu.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2wUkvFX
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Perjalanan Tok Gajah masih jauh

Itulah artikel Perjalanan Tok Gajah masih jauh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perjalanan Tok Gajah masih jauh dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/perjalanan-tok-gajah-masih-jauh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perjalanan Tok Gajah masih jauh"

Catat Ulasan

Loading...