Loading...

PKR sedia terima NewGen dalam PH

Loading...
PKR sedia terima NewGen dalam PH - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR sedia terima NewGen dalam PH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PKR sedia terima NewGen dalam PH
link : PKR sedia terima NewGen dalam PH

Baca juga


PKR sedia terima NewGen dalam PH

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
SHAH ALAM: Parti Generasi Baru (NewGen) perlu membuat permohonan dan mengikuti prosedur yang ditetapkan jika ia berminat menyertai Pakatan Harapan (PH).
 
Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar berkata jawatankuasa Pakatan Harapan akan meneliti permohonan sebelum mana-mana parti diluluskan sebagai komponen kelima di dalam gagasan pembangkang itu.
 
"Jika mereka berminat, kena tulis (permohonan) kepada PH. PH juga ada jawatankuasa untuk meneliti perkara-perkara berkaitan kekuatan, latar belakang dan sebagainya sebelum kita membuat keputusan
 
"Sehingga sekarang kita tidak terima apa-apa (permohonan) melainkan maklumat yang saya dapati daripada media," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Semalam NewGen mengumumkan hasrat menyertai PH dan berikrar mahu membantu dalam menarik sokongan etnik minoriti sekaligus menyumbang kepada kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
 
 
Pengerusinya, Rajaretinam Armuggan berkata parti itu akan memperjuangkan hak semua etnik minoriti dan menggerakkan pengundi minoriti untuk menyokong PH.
 
Tambah Rajaretinam, partinya bermatlamat untuk mengukuhkan PH dengan menjanjikan bantuan kepada gabungan itu dalam usaha memenangi sehingga 25 kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dimenangi tipis.
 
Xavier kemudiannya berkata PKR terbuka dengan mana-mana pihak yang mempunyai tujuan yang sama menumbangkan Barisan Nasional (BN).
 
"Mana-mana parti yang hendak membantu PH dengan agenda bersama kita untuk menjatuhkan kerajaan, kita akan terima, tiada masalah. Namun kena datang tanpa ada syarat atau terlalu banyak permintaan," katanya.
 
Rajaretinam pada semalam turut memaklumkan parti itu akan membantu mengekalkan 12 kerusi parlimen yang gabungan itu menang tipis. 
 
Dalam pada itu katanya, NewGen tidak mempunyai hasrat untuk bertanding di mana-mana kerusi yang dimiliki mana-mana pemimpin India dalam PH tetapi hanya akan bertanding untuk kerusi yang dikenalpasti dan dibenarkan Majlis Presiden PH.


Thus Article PKR sedia terima NewGen dalam PH

Itulah artikel PKR sedia terima NewGen dalam PH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PKR sedia terima NewGen dalam PH dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pkr-sedia-terima-newgen-dalam-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKR sedia terima NewGen dalam PH"

Catat Ulasan

Loading...