Loading...

PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno

Loading...
PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno
link : PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno

Baca juga


PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
MELAKA: Susulan beberapa pemimpinnya yang bertindak keluar parti baru-baru ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru berusia setahun itu dilihat tidak mampu "belayar" lebih jauh. 
 
Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan pengasas serta pemimpin kanan parti itu yang keluar parti jelas membuktikan bahawa PPBM bukan sebuah parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib rakyat, berbeza dengan Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) ketika ini.
 
"Tindakan Kak Midah (Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman) dan Anina (pengasas PPBM, Anina Saadudin) memang sudah diduga kerana parti itu tidak pernah pun berjuang untuk kepentingan ahli dan rakyat, malah lebih kepada peribadi serta kroni.
 
"Dengan suasana ini, saya yakin PPBM tidak akan kekal lama dan kita bakal menyaksikan satu demi satu pemimpin mereka meninggalkan parti. Saya jangka akan lebih ramai mengikut jejak Hamidah dan Anina untuk keluar parti," katanya dipetik Berita Harian.
 
Semalam, Anina mengumumkan keluar parti selepas mendakwa PPBM tidak lagi menepati prinsip perjuangan ketika diasaskan tahun lalu, sebaliknya berasa diperalatkan untuk kepentingan politik individu tertentu dan berlandaskan dasar kronisme.
 
Menyusul selepas itu, Hamidah pula mengambil tindakan sama dan ia disahkan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
 
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berharap Hamidah dan Anina tidak menyesal dan bersedih kerana terpaksa bergelumang dengan kelompok pemimpin yang tidak ikhlas serta berjuang berasaskan dendam.
 
"Jangan bersedih dan berduka kerana 'kapal' yang anda sendiri bina dan ukir reka bentuknya belum sempat untuk belayar jauh, ia kini berada dalam tangan pemimpin yang bakal menghancurkan asas pembinaan kapal terbabit.
 
"Bersyukurlah kerana anda antara berpuluh pemimpin PPBM yang sedar awal daripada terjebak dalam kancah politik dendam PPBM," katanya



Thus Article PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno

Itulah artikel PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/ppbm-tak-mampu-berlayar-jauh-puteri-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno"

Catat Ulasan

Loading...