Loading...

Program sijil IKM dan KKKM akan dinaik taraf ke diploma

Loading...
Program sijil IKM dan KKKM akan dinaik taraf ke diploma - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Program sijil IKM dan KKKM akan dinaik taraf ke diploma, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Program sijil IKM dan KKKM akan dinaik taraf ke diploma
link : Program sijil IKM dan KKKM akan dinaik taraf ke diploma

Baca juga


Program sijil IKM dan KKKM akan dinaik taraf ke diploma

MALAYSIAKINI


Taraf pendidikan di semua Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Kolej Kemahiran Teknologi Mara (KKTM) seluruh negara akan ditingkatkan dari taraf sijil ke peringkat diploma menjelang tahun 2020.

Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, Mahzan Teh memberitahu langkah itu bertepatan dengan usaha kerajaan menjadikan Malaysia bertaraf negara industri dan berpendapatan tinggi.

Katanya, ia juga dilakukan agar program IKM dan KKTM tidak bertembung atau bertindih dengan kurikulum di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Giatmara atau di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang bertaraf sijil.

“Rancangan telah pun diaturkan bagi membolehkan kesemua 24 IKM dan 11 KKTM menjadi pengeluar siswazah taraf diploma direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti”, katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan lapan kereta oleh Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R &D) Proton Holdings Bhd, Hazrin Fazail Haroon kepada IKM Besut semalam.

Sebanyak lapan jenis kereta Proton membabitkan dua jenama Iriz, dua Preve, dua Suprima dan masing-masing sebuah jenama Exora dan Persona di sampaikan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran kepada IKM Besut.

Dalam pada itu Mahzan berkata bidang keutamaan yang akan dilaksanakan di IKM dan KKTM itu nanti membabitkan bidang automotif, elektrikal, kimpalan, komputer dan elektronik yang akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti pilihan.

Mahzan seterusnya memberitahu pelaksanaan pendidikan di tahap diploma itu juga nanti akan membuka peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu di industri ditempat mereka mendapatkan latihan.

Katanya, MARA kini sedang mengubah suai setiap kurikulum pengajaran dan pembelajaran bagi merealisasikan pendidikan cara baharu di IKM dan KKTM itu nanti.

“Kolaborasi dengan Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) termasuk dengan United Motor Works (UMW) dalam bidang bidang automobil adalah merupakan salah satu daripada persiapan awal dalam menghadapi perubahan sistem pengajaran dan pembelajaran kepada IKM dan KKTM kelak,” katanya.- Bernama




Thus Article Program sijil IKM dan KKKM akan dinaik taraf ke diploma

Itulah artikel Program sijil IKM dan KKKM akan dinaik taraf ke diploma Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Program sijil IKM dan KKKM akan dinaik taraf ke diploma dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/program-sijil-ikm-dan-kkkm-akan-dinaik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Program sijil IKM dan KKKM akan dinaik taraf ke diploma"

Catat Ulasan

Loading...