Loading...

PSM: Kami pernah kalahkan DAP di Sg Siput

Loading...
PSM: Kami pernah kalahkan DAP di Sg Siput - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PSM: Kami pernah kalahkan DAP di Sg Siput, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PSM: Kami pernah kalahkan DAP di Sg Siput
link : PSM: Kami pernah kalahkan DAP di Sg Siput

Baca juga


PSM: Kami pernah kalahkan DAP di Sg Siput

MALAYSIAKINI


PSM tidak terkejut dengan hasrat DAP untuk meletakkan calon di Sungai Siput, kerusi parlimen tunggal yang dipegang oleh parti sosialis itu.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu, S Arutchelvan berkata DAP pernah bertanding di Sungai Siput menentang calon PSM dan BN pada 2004 dan mendapat undi paling sedikit.



Ketika itu, DAP yang meletakkan PP Sanmugam sebagai wakil parti itu hanya memperolehi 9.4 peratus daripada undi yang dibuang dan hampir kehilangan wang depositnya.

"Apabila DAP menentang PSM pada tahun 2004, ini hanya memberi kemenangan kepada BN, jadi jika DAP bertanding di Sungai Siput, ini hanya akan membantu BN," kata Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.

Arutchelvan mengulas pengumuman DAP Perak bahawa parti itu akan meletakkan calon di Sungai Siput sebagai susulan keputusan PSM untuk bertanding di kerusi yang kini dimiliki oleh Pakatan Harapan.

PSM telah meletakkan Dr Michael Jeyakumar Devaraj sebagai calon parti itu di Sungai Siput sebanyak empat kali sejak tahun 1999.

Pada tahun 1999, Jeyakumar bertanding atas tiket DAP, dan pada tiga pilihan raya umum berikutnya, atas tiket PKR.

Pada tahun 2008, Jeyakumar akhirnya berjaya menumbangkan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang memegang kerusi Parlimen Sungai Siput selama sembilan penggal.



Thus Article PSM: Kami pernah kalahkan DAP di Sg Siput

Itulah artikel PSM: Kami pernah kalahkan DAP di Sg Siput Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PSM: Kami pernah kalahkan DAP di Sg Siput dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/psm-kami-pernah-kalahkan-dap-di-sg-siput.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PSM: Kami pernah kalahkan DAP di Sg Siput"

Catat Ulasan

Loading...