Loading...

Rajagopal akui Arab Saudi mantap

Loading...
Rajagopal akui Arab Saudi mantap - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rajagopal akui Arab Saudi mantap, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rajagopal akui Arab Saudi mantap
link : Rajagopal akui Arab Saudi mantap

Baca juga


Rajagopal akui Arab Saudi mantap



ARKIB : 27/10/2006

KUALA LUMPUR – Belum pun saingan bermula jurulatih skuad kebangsaan Bawah 20 Tahun, K. Rajagopal sudah terasa bahang kehangatan terutama apabila berdepan dengan juara dua kali Arab Saudi pada Kejohanan Bola Sepak Belia AFC di Bangalore, India bermula Ahad ini.

Ketika saingan awal berdepan Vietnam dalam perlawanan pertama Isnin ini dianggap peluang cerah skuad B20 untuk menang, namun berdepan Arab Saudi yang muncul juara pada 1986 dan 1992 dianggap ujian paling getir.

Sejak dari awal lagi Rajagopal menyifatkan Arab Saudi adalah salah satu pasukan pilihan dalam Kumpulan D untuk layak ke peringkat seterusnya.

Rajagopal berkata, skuad itu yang dibimbing oleh jurulatih berasal dari Brazil, Gilson Nunes berjaya membentuk sebuah pasukan paling mantap dibarisi pemain muda yang berkaliber.

‘‘Mereka (Arab Saudi) telah buat persiapan rapi dan tiba lebih awal di India untuk menyesuaikan keadaan cuaca dan padang,’’ ujarnya.

Rajagopal menambah, antara pemain yang perlu diberikan perhatian apabila skuad kebangsaan berdepan Arab Saudi pada perlawanan kedua 1 November ini ialah penyerang berkaliber Mohamed Al Sahlawi yang bertindak cemerlang ketika menewaskan Syria 3-1, baru-baru ini.

Ujarnya, gandingan Mohamed bersama Mohamed Al Bishi dan Nasir Al Selimi turut menggegar gawang Oman apabila menang 4-2.

‘‘Bagi saya tidak hairanlah saya meletakkan Arab Saudi sebagai salah satu pasukan pilihan untuk layak ke suku akhir selain mereka memiliki barisan yang mantap terutama untuk kejohanan ini,’’ katanya.

Keupayaan Arab Saudi menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam dua perlawanan persahabatan termasuk mengalahkan Iraq kata Rajagopal sudah membayangkan kekuatan sebenar lawan.

Malah, skuad bimbingan jurulatih Nunes itu turut mengalahkan Vietnam.

‘‘Ini menunjukkan betapa Arab Saudi sudah cukup bersedia dan bagi pasukan saya juga sudah membuat persiapan dari segi fizikal dan mental apabila berdepan dengan mereka,’’ ujarnya.

Arab Saudi muncul juara buat pertama kali pada 1986 selaku tuan rumah apabila menewaskan Bahrain 2-0 dan enam tahun selepas itu mereka mengecewakan Korea Selatan dengan jaringan yang sama.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2eSsmhg
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Rajagopal akui Arab Saudi mantap

Itulah artikel Rajagopal akui Arab Saudi mantap Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rajagopal akui Arab Saudi mantap dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/rajagopal-akui-arab-saudi-mantap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rajagopal akui Arab Saudi mantap"

Catat Ulasan

Loading...