Loading...

Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan

Loading...
Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan
link : Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan

Baca juga


Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh orang dalam operasi berkaitan kes pencemaran alam sekitar termasuk pembalakan haram di sekitar Pahang dan Terengganu.
 
Empat individu ditahan di Pahang manakala tiga lagi di Terengganu.
 
Semua mereka yang berusia antara 32 hingga 62 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di kedua-dua negeri itu antara jam 10.30 pagi dan 3.30 petang, Isnin.
 
Di Pahang, mereka yang ditahan adalah Pegawai Hutan Daerah Jerantut dan isterinya serta pemilik dan pengurus sebuah syarikat kontraktor.
 
Difahamkan, pegawai hutan daerah dan kakitangannya itu menerima rasuah daripada syarikat pembalakan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan atas kegiatan pembalakan haram antara tahun 2015 hingga tahun ini.
 
Di Terengganu, SPRM menahan tiga individu iaitu dua pemilik syarikat pembalakan dan seorang pemandu lori.
 
Suspek disyaki memberi rasuah untuk mengelakkan tindakan oleh penguat kuasa Jabatan Perhutanan Terengganu kerana beroperasi tanpa lesen dan tidak mematuhi peraturan.
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, mengesahkan tangkapan dan berkata pihaknya sedang mengesan beberapa lagi suspek dalam kes itu.
 
"SPRM memandang serius kes seperti ini sehingga menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab.
 
"Semua mereka yang ditahan akan direman esok untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM berhubung isu alam sekitar," katanya.
 
 


Thus Article Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan

Itulah artikel Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/rasuah-7-ditahan-termasuk-pegawai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan"

Catat Ulasan

Loading...