Loading...

Selangor temu Kedah

Loading...
Selangor temu Kedah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Selangor temu Kedah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Selangor temu Kedah
link : Selangor temu Kedah

Baca juga


Selangor temu Kedah



ARKIB : 02/06/2007

REDUAN Sheikh Ahmad (kanan) membuka bola sambil diperhatikan oleh Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar sewaktu membuat undian Piala FA, di Wisma FAM, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA - Juara empat kali, Selangor mengharungi laluan paling getir apabila diundi bertemu Kedah tetapi langkah mudah buat naib juara musim lalu, Perlis bertemu Johor Pasir Gudang apabila memulakan kempen separuh akhir Piala FA.

Saingan separuh akhir pertama akan berlangsung 16 Jun dan saingan kedua 23 Jun manakala perlawanan akhir 30 Jun ini.

Pastinya pertemuan Kedah-Selangor bakal mencuri tumpuan ketika wajah jurulatih Perlis, Abdul Rahman Ibrahim kelihatan ceria menghitung peluang cerah skuad Singa Utara berdepan kelab kerdil, Johor Pasir Gudang.

Selangor tanpa khidmat pemain import mampu melangkah ke separuh akhir manakala Kedah berada pada prestasi terbaik ketika ini. Selain ke separuh akhir Piala FA, mereka turut layak ke suku akhir Piala Malaysia dan menjadi pendahulu Liga Super.

Berbanding Selangor yang pernah bergelar juara pada 1991, 1997, 2001 dan 2005, Kedah mungkin belum pernah ke akhir apalagi bergelar juara.

Pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super malam ini dianggap sebagai pemanas badan menjelang separuh akhir.

Jurulatih Selangor, Dollah Salleh mengakui pertemuan dengan Kedah menjanjikan aksi sengit apalagi dengan kedudukan pasukan lawan yang berada pada prestasi terbaik ketika ini.

Begitupun Dollah turut mengakui betapa anak didiknya turut berada pada prestasi terbaik apa lagi tanpa khidmat pemain import mampu melangkah ke separuh akhir dan suku akhir Piala Malaysia.

‘‘Kami menghormati Kedah namun peluang ini tidak akan disia-siakan,’’ ujar Dollah.

Jurulatih Kedah, Azrai Khor Abdullah turut mengakui pasukannya berdepan ujian paling rumit menentang Selangor.

‘‘Walaupun tidak memiliki pemain import, mereka mampu mara sehingga ke peringkat separuh akhir,’’ kata beliau.

‘‘Saya tidak sama sekali memandang rendah keupayaan Selangor mereka wajar diberikan perhatian serius,’’ ujarnya lagi.

Buat Azrai, peluang hadir di separuh akhir tidak akan disia- siakan apa lagi Kedah tidak pernah muncul juara atau mara ke perlawanan akhir Piala FA sejak bermula pada 1990.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2hBEKDm
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Selangor temu Kedah

Itulah artikel Selangor temu Kedah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Selangor temu Kedah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/selangor-temu-kedah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selangor temu Kedah"

Catat Ulasan

Loading...