Loading...

Siapa biayai kos rombongan keluarga PM ke New York?

Loading...
Siapa biayai kos rombongan keluarga PM ke New York? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Siapa biayai kos rombongan keluarga PM ke New York?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Siapa biayai kos rombongan keluarga PM ke New York?
link : Siapa biayai kos rombongan keluarga PM ke New York?

Baca juga


Siapa biayai kos rombongan keluarga PM ke New York?






Banyak perkara menarik didedahkan ekoran kunjungan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat untuk bertemu presiden Donald Trump, antaranya penginapan ahli rombongan beliau di Menara Trump, New York.

Menara Trump atau Trump Tower bukanlah sebuah hotel tetapi menawarkan kondominium mewah yang boleh disewa atau dibeli.

Carian dilakukan naib presiden PKR Rafizi Ramli mendapati sewa kondominium mewah di Trump Tower bermula pada harga USD6,000 (RM25,000) semalam bagi kondominium satu katil dan USD9,000 (RM37,000) semalam bagi kondominium dua katil.

Trump Tower juga, ujar Rafizi terletak berhampiran gedung-gedung membeli belah mewah yang terkenal di New York seperti Bergdorf Goodman dan Tiffany’s.

Malah beliau dberitahu, pertemuan di antara keluarga Najib dan Presiden Trump diadakan di Trump Tower.

“Dalam keadaan Trump Tower menawarkan kondominium mewah yang sesuai bagi keluarga dan membolehkan apa-apa pertemuan berlaku tanpa tumpuan media Amerika Syarikat, tiadanya penafian atau kenyataan menguatkan lagi kredibiliti maklumat yang diberikan oleh sumber sulit itu mengenai pertemuan di antara keluarga Datuk Seri Najib dan Presiden Trump,” ujar Rafizi.

Beliau turut mendedahkan kehadiran seorang individu yang dikenal pasti pernah memasukkan sejumlah RM2 juta ke akaun peribadi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah di dalam delegasi Malaysia itu.

Individu bernama Roslan Sohari itu, ujar Rafizi pernah dikaitkan dengan siasatan oleh Jawatankuasa Khas Siasatan 1MDB pada 2015.

Sehubungan itu beliau menuntut perdana menteri mengesahkan mengenai pertemuan peribadi di antara keluarga beliau dan Rosmah dengan Presiden Trump di Trump Tower; mengesahkan sama ada satu kondominium mewah telah disewa di Trump Tower bagi tujuan itu dan berapa kos sewaan
keseluruhannya dan siapa yang menanggung kos itu; mengesahkan siapa lagi ahli keluarga beliau dan Rosmah yang ikut serta; siapa yang menanggung keseluruhan kos lawatan ahli keluarga Najib dan Rosmah; dan kenapa Roslan Sohari menyertai delegasi ini sehingga sebuah limosin ditempah khusus untuk beliau.

“Saya pasti timbulnya kembali individu bernama Roslan Sohari ini membolehkan rakyat membuka kembali kes bagaimana RM2 juta wang tunai dimasukkan ke akaun Datin Seri Rosmah yang belum mendapat sebarang penjelasan memuaskan dari Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah,” katanya.




Thus Article Siapa biayai kos rombongan keluarga PM ke New York?

Itulah artikel Siapa biayai kos rombongan keluarga PM ke New York? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Siapa biayai kos rombongan keluarga PM ke New York? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/siapa-biayai-kos-rombongan-keluarga-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siapa biayai kos rombongan keluarga PM ke New York?"

Catat Ulasan

Loading...