Loading...

Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong

Loading...
Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong
link : Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong

Baca juga


Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong

 
Jurutera Jabatan Kerja Raya menasihatkan jemaah tidak menggunakan ruangan solat buat sementara waktu kerana bimbang kubah Masjid Az-Zahra yang condong ke kiri akan runtuh.


Masjid-Az-Zahra

SEREMBAN: Beberapa siling Masjid Az-Zahra di Bandar Springhill, Port Dickson dilaporkan runtuh awal pagi tadi, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Penguasa Kanan II Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Abd Rahim Atan berkata, kejadian itu disedari jemaah masjid sejurus selesai solat subuh.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada 8.54 pagi dan mengerahkan 6 anggota ke lokasi kejadian. Sejurus sampai, dari luar masjid kami dapati kubahnya condong ke kiri, manakala separuh daripada genting masjid terjungkit. Di ruangan solat pula, kami dapati beberapa keping siling masjid runtuh.

“Jadi, tindakan segera yang diambil adalah memaklumkan pengerusi masjid yang ruangan solat itu tidak selamat digunakan jemaah buat sementara waktu kerana kami bimbang kubah masjid tersebut runtuh,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, kes itu bagaimanapun diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyiasat punca kejadian.

Ahli jawatankuasa masjid berkenaan, Khairi Salleh berkata, kejadian itu berlaku ketika jemaah menunaikan solat subuh pada rakaat pertama.

“Ketika itu saya terdengar bunyi sangat kuat di belakang kami seperti bunyi mercun. Kami bagaimanapun terus menghabiskan solat dan kemudiannya melihat beberapa keping siling masjid runtuh.

“Pihak JKR menghantar jurutera untuk memeriksa keadaan dan mendapati kubah masjid itu condong 1.5 kaki ke kiri bangunan.

“Beliau menasihatkan ruangan solat itu tidak digunakan sementara sebelum ia diperbaiki,” katanya.



Thus Article Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong

Itulah artikel Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/siling-masjid-di-port-dickson-runtuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong"

Catat Ulasan

Loading...