Loading...

Skuad Malaysia waspada di Bangkok

Loading...
Skuad Malaysia waspada di Bangkok - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad Malaysia waspada di Bangkok, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad Malaysia waspada di Bangkok
link : Skuad Malaysia waspada di Bangkok

Baca juga


Skuad Malaysia waspada di Bangkok



 
ARKIB : 05/01/2007
NORIZAN Bakar (dua dari kiri) dan Rastislav Bozik memberikan taklimat penerangan kepada skuad pelatih bola sepak negara bagi menghadapi Kejohanan AFF di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

PETALING JAYA - Malaysia akan membawa seorang pegawai keselamatan bersama skuad bola sepak kebangsaan ke Kejohanan AFF mulai 12 Januari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian serangan bom di Bangkok ketika sambutan Tahun Baru, Isnin lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad yakin pihaknya tidak akan menghadapi masalah dengan jawatankuasa penganjur kejohanan untuk menempatkannya menjelang persaingan Kumpulan A di ibu kota Thailand itu.

“Kami akan memastikan semua anggota pasukan mematuhi nasihat Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar (kelmarin) supaya rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati bila berada di Bangkok,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Ibrahim mengulas serangan yang meragut tiga nyawa dan mencederakan 38 yang lain termasuk sembilan pelancong. Ia juga merupakan kejadian keganasan pertama di Bangkok sejak rampasan kuasa secara aman, September tahun lalu.

Beliau bagaimanapun mengesahkan, persaingan melibatkan tuan rumah, Malaysia, Myanmar dan Filipina di Bangkok tetap akan diteruskan seperti yang dijadualkan dan belum ada pengumuman rasmi bahawa ia akan dibatalkan atau dipindahkan ke tempat lain.

Malaysia akan menentang Filipina pada perlawanan sulungnya 12 Januari ini sebelum menghadapi Myanmar (14 Januari) dan Thailand, dua hari kemudian. Kesemua perlawanan dilangsungkan di Stadium Supachalasai, Bangkok.

Sementara itu, hasrat ketua jurulatih, Norizan Bakar mengadakan perlawanan persahabatan dengan Singapura tidak kesampaian apabila skuad republik itu dan bawah 23 tahunnya telah ‘ditempah’ oleh Filipina.

Sebelum ini, perlawanan persahabatan dengan satu lagi anggota Kumpulan B Kejohanan AFF, Indonesia turut dibatalkan atas sebab tertentu. Vietnam dan Laos merupakan dua anggota lain kumpulan ini yang beraksi di Singapura.

“Kami terpaksa berpuas hati dengan persediaan tanpa sebarang perlawanan persahabatan antarabangsa atau tempatan kerana masing-masing sibuk dengan persediaan mereka tetapi yang penting, saya dapati kesemua pelatih bersemangat dan ingin bermain untuk negara,” katanya.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2gXbUwB
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Skuad Malaysia waspada di Bangkok

Itulah artikel Skuad Malaysia waspada di Bangkok Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad Malaysia waspada di Bangkok dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/skuad-malaysia-waspada-di-bangkok.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad Malaysia waspada di Bangkok"

Catat Ulasan

Loading...