Loading...

SPRM akan gempur agensi penguat kuasa sempadan?

Loading...
SPRM akan gempur agensi penguat kuasa sempadan? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SPRM akan gempur agensi penguat kuasa sempadan?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SPRM akan gempur agensi penguat kuasa sempadan?
link : SPRM akan gempur agensi penguat kuasa sempadan?

Baca juga


SPRM akan gempur agensi penguat kuasa sempadan?

SINAR ONLINE

Dzulkifli Ahmad
SINAR
Dzulkifli Ahmad - Foto Bernama
 
 
TUMPAT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited dan sedang mengatur langkah untuk mengambil tindakan, termasuk menahan pegawai agensi-agensi penguat kuasa yang terlibat dengan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa di kawasan sempadan negara.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengakui sesetengah agensi penguat kuasa yang bertugas di kawasan sempadan sudah dijangkiti virus rasuah yang menyebabkan aktiviti penyeludupan berlaku.

"Insya-ALLAH, bila saya sebut (nak tangkap), adalah tu... tapi saya tak boleh nak beritahu sekarang. Kita kena buat perancangan rapi. Sempadan ini luas, jadi tunggulah, akan ada tangkapan (yang akan SPRM buat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Kembara Jelajah Anti-Rasuah (KEJAR'17) sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas SPRM peringkat Kelantan di Kompleks Perpaduan Tumpat di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dzulkifli tidak menjelaskan lebih lanjut agensi keselamatan yang terbabit dengan aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa di sempadan negara.

Ditanya mengenai keengganan Selangor yang sehingga kini masih belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), beliau berkata perkara berkenaan sebenarnya tidak sukar untuk dilaksanakan.

"Selangor nak tambah 20 inisiatif (dalam IBR) seperti dilaksanakan Pulau Pinang pun tak apa, kita boleh benarkan. Apa susahnya buat ikrar... rakyat nak tengok komitmen kerajaan negeri untuk pastikan pentadbiran bebas daripada rasuah," katanya.

Dalam pada itu, Dzulkifli turut mengingatkan mana-mana pihak yang memberi komen terhadap siasatan yang dilakukan SPRM boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009 (Akta 694) kerana mengganggu siasatan.

Beliau merujuk kepada kes berkaitan penahanan tiga setiausaha politik, kerani dan pembantu peribadi seorang anggota Parlimen pembangkang di Selangor pada Khamis lepas.

Katanya, SPRM turut merekodkan keterangan daripada anggota Parlimen tersebut pada Khamis lepas selepas beliau hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada jam 9 malam.- Bernama



Thus Article SPRM akan gempur agensi penguat kuasa sempadan?

Itulah artikel SPRM akan gempur agensi penguat kuasa sempadan? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SPRM akan gempur agensi penguat kuasa sempadan? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/sprm-akan-gempur-agensi-penguat-kuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPRM akan gempur agensi penguat kuasa sempadan?"

Catat Ulasan

Loading...