Loading...

Tak Tahan Sakit Bersalin, Wanita Bunuh Diri

Loading...
Tak Tahan Sakit Bersalin, Wanita Bunuh Diri - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tak Tahan Sakit Bersalin, Wanita Bunuh Diri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tak Tahan Sakit Bersalin, Wanita Bunuh Diri
link : Tak Tahan Sakit Bersalin, Wanita Bunuh Diri

Baca juga


Tak Tahan Sakit Bersalin, Wanita Bunuh Diri


BEIJING: Seorang wanita hamil membunuh diri selepas tidak dapat menanggung sakit bersalin yang dialaminya selama berjam-jam dan rayuannya untuk dibedah bagi mengurangkan penderitaannya ditolak.

Kes yang menjadi tular di China itu, Ma Rongrong, nekad untuk terjun dari tingkat lima sebuah hospital di utara China untuk membunuh diri selepas permintaannya untuk bersalin secara pembedahan beberapa kali ditolak.

Keluarga Ma dan doktor saling menuding jari kerana menafikan pembedahan yang mungkin dapat mengurangkan penderitaannya.

Insiden yang masih tiada penjelasan itu mencetuskan perdebatan di seluruh negara membabitkan isu kos penjagaan kesihatan yang tinggi, hak pesakit hingga kepada bahaya nilai tradisi kekeluargaan China.

Perbincangan hangat itu melonjak kembali minggu ini, selepas rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Ma sedang melutut di hadapan keluarganya di koridor hospital menjadi tular.

Hospital mendakwa pihaknya mencadangkan Ma menjalani pembedahan itu, tetapi Ma dan suaminya memilih untuk bersalin secara normal berdasarkan kepercayaan ia akan melahirkan anak yang lebih baik.

Sebagai bukti, hospital memuat naik log pembedahan Ma di akaun media sosial rasmi menunjukkan keluarganya menolak permohonan pembedahan mangsa.

Sebaliknya, suami Ma, Yan Zhuangzhuang memberitahu Beijing Youth Daily dia sudah bersetuju dengan pembedahan isterinya, tetapi doktor yang mengatakan ia tidak perlu.

Di bawah undang-undang China, keputusan itu sepatutnya dibuat oleh pesakit itu sendiri, menurut pakar dalam pertikaian perubatan di Zhongdun Law Firm, Beijing, Feng Lihua. - AFP

Sumber: BH Online


Thus Article Tak Tahan Sakit Bersalin, Wanita Bunuh Diri

Itulah artikel Tak Tahan Sakit Bersalin, Wanita Bunuh Diri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tak Tahan Sakit Bersalin, Wanita Bunuh Diri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/tak-tahan-sakit-bersalin-wanita-bunuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tak Tahan Sakit Bersalin, Wanita Bunuh Diri"

Catat Ulasan

Loading...