Loading...

Tawaran elaun perjalanan tarik pengundi pulang ke kampung adalah rasuah - Azam .

Loading...
Tawaran elaun perjalanan tarik pengundi pulang ke kampung adalah rasuah - Azam . - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tawaran elaun perjalanan tarik pengundi pulang ke kampung adalah rasuah - Azam ., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tawaran elaun perjalanan tarik pengundi pulang ke kampung adalah rasuah - Azam .
link : Tawaran elaun perjalanan tarik pengundi pulang ke kampung adalah rasuah - Azam .

Baca juga


Tawaran elaun perjalanan tarik pengundi pulang ke kampung adalah rasuah - Azam .

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata sebarang tawaran elaun perjalanan bagi menarik perhatian pengundi untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing dianggap sebagai rasuah.
 
Ujarnya, dari segi undang-undang, menawarkan sebarang bentuk dorongan kepada pengundi, sama ada wang tunai atau hadiah, adalah rasuah.
 
"Contohnya jika seorang pengundi ditawarkan elaun untuk balik mengundi, atau membayar RM50 supaya dia mengundi calon tertentu," katanya kepada Sin Chew Daily dalam satu temubual.
 
Azam bagaimanapun menjelaskan bahawa janji pilihan raya (manifesto) tidak dianggap rasuah.
 
Beliau juga berkata jika seseorang ahli politik menawarkan bantuan seperti beras atau derma kepada golongan miskin, ia turut tidak dianggap rasuah.
 
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) SPRM telah mengingatkan semua calon dan parti politik bahawa sesiapa yang didapati terlbabit dengan rasuah akan hilang kelayakan.
 
Azam berkata sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya umum, satu pasukan penguatkuasa undang-undang yang terdiri daripada pegawai SPRM dan polis akan ditubuhkan untuk memantau aktiviti rasuah dalam pilihan raya.
 
"Sekiranya pasukan itu menerima laporan daripada orang awam, kes-kes seperti itu akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, Akta Pencegahan Rasuah dan Kanun Keseksaan," katanya.
 
Azam juga berkata SPRM tidak berhasrat untuk membuat pindaan undang-undang untuk mewajibkan semua calon mengisytiharkan aset mereka.
 
"Terpulang kepada parti sama ada mereka mahu calon mereka mengisytiharkan aset," katanya.
 
Azam berkata adalah perkara biasa bagi parti-parti politik untuk mengemukakan senarai calon mereka kepada SPRM dan polis untuk pemeriksaan.
 
 


Thus Article Tawaran elaun perjalanan tarik pengundi pulang ke kampung adalah rasuah - Azam .

Itulah artikel Tawaran elaun perjalanan tarik pengundi pulang ke kampung adalah rasuah - Azam . Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tawaran elaun perjalanan tarik pengundi pulang ke kampung adalah rasuah - Azam . dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/tawaran-elaun-perjalanan-tarik-pengundi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tawaran elaun perjalanan tarik pengundi pulang ke kampung adalah rasuah - Azam ."

Catat Ulasan

Loading...