Loading...
Tajuk : “Tidak Perlu Kami Tayang Kebahagiaan Merata Di Media Sosial”
link : “Tidak Perlu Kami Tayang Kebahagiaan Merata Di Media Sosial”
“Tidak Perlu Kami Tayang Kebahagiaan Merata Di Media Sosial”
Tidak terkesan dengan tuduhan yang dilemparkan mengenai rumah tangga bermasalah, Farid Kamil tidak merasa media sosial suatu penanda aras kebahagiaan seseorang apabila jarang memuat naik gambar bersama. Malah jelasnya sejak dari dulu lagi beliau dan isteri, Diana Danielle tidak gemar menjaja perihal rumah tangga kepada umum.
“Instagram bukan penanda aras kebahagiaan seseorang dan saya tak lihat ia sebagai satu keperluan. Jika saya hendak muat naik sesuatu saya akan buat dan bukannya memikirkan untuk membuktikan sesuatu kepada orang lain. Pada saya apa orang hendak kata atau komen, itu hak mereka”
“Sejak dari awal lagi kami tidak pernah menjadikan hubungan kami sebagai ‘selling point’ dan ia tiada beza dengan sekarang. Tetapi Alhamdulillah kami bahagia, tiada masalah kritikal cuma perkara kecil-kecil itu biasalah,” jelasnya kepada m Star Online mengenai perkara tersebut.
Jika dilihat kembali ini bukanlah kali pertama rumah tangga pasangan ini didakwa bermasalah kerana sebelum ini kecoh seketika apabila Diana mengakui hadir ke Mahkamah Syariah untuk berbincang mengenai perihal perkahwinanya yang pada ketika itu baru berusia empat tahun.
Selepas itu pasangan ini sekali lagi menjadi bualan peminat apabila menyambut Aidilfitri baru-baru ini secara berasingan. Malah pasangan ini juga turut membahagi tugas menjaga dua anak mereka sepanjang sambutan Hari Raya. Bagaimanapun Diana menafikan dakwaan itu dan menjelaskan Farid terpaksa menjaga ibunya yang sakit.
Sumber: ROTIKAYA
Thus Article “Tidak Perlu Kami Tayang Kebahagiaan Merata Di Media Sosial”
Itulah artikel “Tidak Perlu Kami Tayang Kebahagiaan Merata Di Media Sosial” Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel “Tidak Perlu Kami Tayang Kebahagiaan Merata Di Media Sosial” dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/tidak-perlu-kami-tayang-kebahagiaan.html
0 Response to "“Tidak Perlu Kami Tayang Kebahagiaan Merata Di Media Sosial”"
Catat Ulasan