Loading...

Vingada panggil Ifwat Akmal

Loading...
Vingada panggil Ifwat Akmal - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Vingada panggil Ifwat Akmal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Vingada panggil Ifwat Akmal
link : Vingada panggil Ifwat Akmal

Baca juga


Vingada panggil Ifwat Akmal



 IFWAT AKMAL CHEK KASSIM
IFWAT AKMAL CHEK KASSIM  

Fadhilul Izmel Ishak

27 September 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Biarpun hanya beraksi dua perlawanan sahaja namun itu sudah cukup untuk meyakinkan jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada memanggil penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim menyertai kem latihan pasukan negara.
Advertisement

Powered By YuMe

Tidak menafikan terkejut dengan pemilihannya, Ifwat berkata, dia mahu memanfaatkan peluang sebaik mungkin biarpun menyedari bakal menerima cabaran sengit daripada dua lagi penjaga gol untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan.

“Inilah yang dinamakan rezeki. Kalau diperhatikan sepanjang kempen Sukan SEA 2017, saya hanya main dua perlawanan sahaja dan itu pun di peringkat kumpulan.

“Memang saya tidak sangka untuk dapat panggilan ini sebab tahu ramai lagi penjaga gol berbakat di Malaysia. Apabila sudah dipilih saya kena pastikan tempat dalam kesebelasan utama.

“Biarpun berdepan dengan dua lagi penjaga gol yang berpengalaman saya fikir satu persaingan sihat akan berlaku terhadap kami bertiga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ifwat, 21, beraksi dua perlawanan sepanjang kempen Sukan SEA 2017, diturunkan ketika menentang Brunei pada 14 Ogos dan Laos (23 Ogos) bakal merebut posisi bersama dua lagi penjaga gol iaitu Hafizul Hakim dari Perak dan Khairulazhan Khalid (Selangor).

Selain Ifwat, Vingada menyenaraikan lima pemain skuad bawah 22 (B-22) negara iaitu pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang). Seorang lagi muka baharu iaitu Nazmi Faiz Mansor dari JDT.

Skuad negara akan memulakan latihan pusat di Johor bermula Sabtu ini sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium Kim Il-Sung, Pyongyang pada 5 Oktober ini dan Hong Kong di Stadium Hong Kong, pada 10 Oktober.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2fp8VJA
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Vingada panggil Ifwat Akmal

Itulah artikel Vingada panggil Ifwat Akmal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Vingada panggil Ifwat Akmal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/vingada-panggil-ifwat-akmal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Vingada panggil Ifwat Akmal"

Catat Ulasan

Loading...