Loading...

Wajarkah pemain negara ke Piala FA?

Loading...
Wajarkah pemain negara ke Piala FA? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wajarkah pemain negara ke Piala FA?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Wajarkah pemain negara ke Piala FA?
link : Wajarkah pemain negara ke Piala FA?

Baca juga


Wajarkah pemain negara ke Piala FA?



ARKIB : 23/06/2007
Oleh: ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Terlalu jauh untuk menyamakan taraf kejurulatihan Norizan Bakar dengan Pim Verbeek dari Korea Selatan tetapi mereka berkongsi satu situasi tersepit yang akhirnya dipisahkan oleh ketegasan badan induk bola sepak negara masing-masing.

Riak wajah Norizan Bakar selepas perlawanan persahabatan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, cukup menggambarkan betapa jurulatih Malaysia itu dibelenggu dilema antara perlu menjalankan tugas negara atau demi menjaga hati majikannya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan negeri.

‘‘Tiada komen,” kata Norizan ringkas ketika ditanya sama ada beliau secara sukarela melepaskan 12 anak buahnya semula ke pangkuan Selangor, Kedah, Perlis dan Johor-Pasir Gudang bagi menghadapi separuh akhir Piala FA, hari ini sedangkan Piala Asia cuma berbaki dua minggu.

Mereka ialah Akmal Rizal Rakhli, Fadzli Shaari, Shukor Adan, Safee Sali, Syed Adney Syed Hussein, Amirulhadi Zainal (Selangor), V. Thirumurugan, Ahmad Fauzi Shaari, Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Fauzie Nan, Azi Shahril Azmi (Perlis) dan Hamzani Omar (Johor-Pasir Gudang).

Kelmarin, FAM yang sepatutnya seperti ‘bapa yang tegas’ boleh mengalah kepada tuntutan negeri berkenaan untuk menggunakan semula khidmat tonggak negara termasuk tujuh yang dalam senarai simpanan sedangkan sebelum ini ia melarangnya kerana bimbangkan risiko kecederaan.

Di Seoul menurut laporan agensi asing, Verbeek yang berbangsa Belanda memenangi kemelut perebutan pemain kebangsaannya dengan kelab Liga Korea Selatan malah mendapat sokongan padu Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) yang tampak lebih pintar mengenali yang mana kaca dan permata.

Secara berdiplomasi, Norizan cuma mampu berpesan: ‘‘ Harapan saya ialah mereka tidak tercedera biarpun bermain dua perlawanan sebenar dalam tempoh tiga hari (termasuk separuh akhir Piala FA).”

Kelmarin, anak buahnya tewas 1-3 kepada UAE di Petaling Jaya dalam perlawanan persahabatan menjelang pusingan akhir Piala Asia di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam, bulan depan dengan gol tunggal dijaringkan oleh Akmal Rizal.

‘‘Dari segi permainan, kita mampu setara dengan lawan malah dalam masa tertentu, kami juga menyerang, mencipta peluang dan dapat menjaringkan gol,” katanya merujuk kepada jaringan sulung antarabangsa Akmal Rizal sejak 2004.

Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang melihat dari sudut lain menganggap, pelepasan pemain negara bagi menghadapi Piala FA sekurang-kurangnya meneruskan mereka merasai suasana dan mengekalkan tahap kecergasan dalam perlawanan sebenar.

‘‘Kami lepaskan mereka kerana separuh akhir FA ialah penentuan penting pasukan terbabit. Nanti ada yang merungut dan salahkan FAM pula apabila mereka kalah. Malah kadangkala pemain yang tidak bermain pun, boleh tercedera sebab ia macam nasib,” katanya.

Namun, tegas Raja Ahmad, FAM mungkin tidak mempertimbangkan lagi pelepasan pemain negara bagi perlawanan akhir Piala FA, 30 Jun ini sekiranya ada di antara mereka yang tercedera dalam pertembungan di Stadium Shah Alam dan Stadium Utama Negeri, Kangar itu, malam ini.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2fZ2I7L
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Wajarkah pemain negara ke Piala FA?

Itulah artikel Wajarkah pemain negara ke Piala FA? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Wajarkah pemain negara ke Piala FA? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/wajarkah-pemain-negara-ke-piala-fa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wajarkah pemain negara ke Piala FA?"

Catat Ulasan

Loading...