Loading...

Warden Pusat Tahfiz Maut Selepas Seminggu Langsungkan Kenduri Kahwin..

Loading...
Warden Pusat Tahfiz Maut Selepas Seminggu Langsungkan Kenduri Kahwin.. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Warden Pusat Tahfiz Maut Selepas Seminggu Langsungkan Kenduri Kahwin.., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Warden Pusat Tahfiz Maut Selepas Seminggu Langsungkan Kenduri Kahwin..
link : Warden Pusat Tahfiz Maut Selepas Seminggu Langsungkan Kenduri Kahwin..

Baca juga


Warden Pusat Tahfiz Maut Selepas Seminggu Langsungkan Kenduri Kahwin..

Asmah berkongsi duka yang menimpa anak saudaranya yang kehilangan suami tercinta.

KUALA LUMPUR - Hati siapa tidak pilu apabila orang tersayang yang baru dikahwini meninggal dunia. 

Kepiluan dan kesedihan itu terpaksa ditempuh Noor Fatihah Osman, 23, selepas suaminya yang dinikahi pada Mei lalu, Mohd Amirul Nizam Sokarno, 25, yang merupakan seorang warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, di sini maut dalam kebakaran di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz tersebut awal pagi tadi.

Difahamkan, pasangan terbabit baru sahaja seminggu melangsungkan majlis kenduri perkahwinan mereka.

Noor Fatihah dilihat tidak berhenti menangis ketika ditemui di lokasi kejadian dan enggan ditemu bual pemberita.

Ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, ketika ditemui berkata, anak saudaranya itu dikejutkan dengan kejadian tersebut kira-kira pukul 6 pagi tadi. 

"Fatihah ketika itu berada di hostel tempatnya belajar di Universiti Sains Islam malaysia (USIM) di Bangi sebelum terus bergegas ke lokasi," katanya dalam nada sebak ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu Asmah berkata, selalunya Mohd Amirul akan telefon anak saudaranya untuk kejutkan bangun Subuh, namun hari ini tiada panggilan telefon itu.

Katanya, Noor Fatihah juga cuba menelefon suaminya tapi tidak berjawab. 

"Saya tidak menyangka kejadian ini terjadi kepadanya," katanya.

Dalam pada itu, seorang kakitangan pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardy, 24, berkata, dia ketika itu berada di tingkat dua bangunan berkenaan bersama tiga lagi guru cuba menyelamatkan pelajar di asrama pada awalnya selepas terdengar bunyi kuat seperti ribut di luar bangunan berkenaan.

"Saya terjaga dan melihat keluar tingkap namun bukan ribut dan saya terkejut melihat kepulan asap di tingkat tiga. Kemudian saya terdengar suara dari tingkat atas menjerit supaya menyelamatkan diri kerana berlaku kebakaran," katanya.

Sumber: Sinar Harian


Thus Article Warden Pusat Tahfiz Maut Selepas Seminggu Langsungkan Kenduri Kahwin..

Itulah artikel Warden Pusat Tahfiz Maut Selepas Seminggu Langsungkan Kenduri Kahwin.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Warden Pusat Tahfiz Maut Selepas Seminggu Langsungkan Kenduri Kahwin.. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/warden-pusat-tahfiz-maut-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Warden Pusat Tahfiz Maut Selepas Seminggu Langsungkan Kenduri Kahwin.."

Catat Ulasan

Loading...