Loading...

Zahid tawar diri ketuai pasukan petugas khas siasat kebakaran tahfiz

Loading...
Zahid tawar diri ketuai pasukan petugas khas siasat kebakaran tahfiz - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zahid tawar diri ketuai pasukan petugas khas siasat kebakaran tahfiz, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Zahid tawar diri ketuai pasukan petugas khas siasat kebakaran tahfiz
link : Zahid tawar diri ketuai pasukan petugas khas siasat kebakaran tahfiz

Baca juga


Zahid tawar diri ketuai pasukan petugas khas siasat kebakaran tahfiz



Timbalan perdana menteri juga mahu pasukan petugas khas itu ditubuhkan segera.


zahid-tahfiz-siasatan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan diri untuk mengetuai pasukan petugas khas bagi menyiasat dan mengenalpasti punca kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung.

Timbalan perdana menteri berkata, pasukan petugas khas itu juga akan melihat tindakan pencegahan.

“Kita tidak harus benarkan perkara seperti ini berlaku kepada pusat pengajian yang lain,” katanya pada sidang medianya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Zahid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat keluarga mangsa kebakaran di Institut Perubatan Forensik Negara HKL.

Dalam kejadian awal pagi semalam, seramai 23 orang pelajar dan tenaga pengajar di pusat tahfiz terbabit dilaporkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran yang berlaku pada jam 5.41 pagi tersebut.

Zahid mahu pasukan petugas khas itu harus ditubuhkan segera.

“Jangan tunggu sehingga mesyuarat kabinet pada Rabu depan untuk dibincangkan,” tegasnya.

Dalam sidang medianya juga, Zahid turut mengumumkan kos pengurusan jenazah akan diurus dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Kerajaan juga akan memberikan bantuan sehingga pengkebumian selesai,” katanya.

Zahid berkata, kerajaan juga akan memberikan bantuan psikologi kepada keluarga mangsa dan mangsa yang terselamat daripada kejadian berkenaan.

“Mereka kehilangan orang yang disayangi. Bantuan trauma psikologi juga diberikan kepda mangsa yang selamat,” katanya.



Thus Article Zahid tawar diri ketuai pasukan petugas khas siasat kebakaran tahfiz

Itulah artikel Zahid tawar diri ketuai pasukan petugas khas siasat kebakaran tahfiz Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Zahid tawar diri ketuai pasukan petugas khas siasat kebakaran tahfiz dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/zahid-tawar-diri-ketuai-pasukan-petugas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid tawar diri ketuai pasukan petugas khas siasat kebakaran tahfiz"

Catat Ulasan

Loading...