Loading...

Alasan Vingada tak senarai Thanabalan

Loading...
Alasan Vingada tak senarai Thanabalan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Alasan Vingada tak senarai Thanabalan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Alasan Vingada tak senarai Thanabalan
link : Alasan Vingada tak senarai Thanabalan

Baca juga


Alasan Vingada tak senarai Thanabalan



Sabtu, 30 September 2017 | 4:26pm
PENGENDALI kebangsaan, Nelo Vingada. - Foto Rasul Azli Samad
Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: "Thana (N Thanabalan) pemain yang bagus, tapi bukan untuk perlawanan ini (menentang Hong Kong)", kata pengendali kebangsaan, Nelo Vingada yang mengakui penyerang skuad bawah 22 tahun negara (B-22) itu mempunyai masa depan cerah muncul sebagai peledak utama Harimau Malaya.

Vingada, 64, yang turut dikenali dengan gelaran 'The Profesor' menegaskan naluri 'pemusnah' serta ketepatan Thanabalan meletakkan dirinya dalam kawasan kotak penalti cukup istimewa.

Dia yang berpengalaman luas dengan pernah melatih berpuluh pasukan dan beratus pemain di Asia, Afrika dan Eropah menganggap kelebihan tonggak kelahiran Negeri Sembilan itu jarang dimiliki pemain lain.

"Tak semua pemain ada kelebihan dan bakat sepertinya. Saya akui dia amat cemerlang ketika bersama skuad B-22 di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) tempoh hari. Bagaimanapun, saya rasa masih terlalu awal untuk menyenaraikan dia ke dalam skuad utama.

"Malah, saya masih mempunyai penyerang seperti Hazwan Bakri, Darren Lok dan Shahrel Fikri yang mampu mengalas tugas di bahagian depan untuk perlawanan bertemu Hong Kong nanti.

"Mana tahu khidmatnya saya akan gunakan untuk aksi lain kerana kita akan menentang dua lagi pasukan Kumpulan B iaitu Lubnan dan Korea Utara," katanya di sini, hari ini.

Fenomena Thanabalan bermula ketika dia membantu skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee layak ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China pada Januari depan.

Penyerang FELCRA FC itu terus mempamerkan konsistensi apabila muncul penjaring terbanyak buat skuad muda negara pada temasya KL2017 dengan mencipta empat gol selain menghadiahkan pingat perak di saingan dwitahunan itu.

Begitupun, aksi memukaunya masih gagal menambat hati The Profesor apabila namanya tiada dalam 24 pemain yang dipanggil untuk persiapan kelayakan

Kejohanan AFC 2019 berdepan Hong Kong di halaman mereka pada 10 Oktober ini.

Sebaliknya, pengendali dari Portugal itu lebih memerlukan enam pemain lain daripada skuad B-22 iaitu penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Safawi Rasid (Johor DT), Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang).

"Kita ada kelompok pemain muda yang baik dan saya percaya enam pemain itu boleh bersaing di peringkat tertinggi. Malah, kombinasi antara pemain senior dan muda akan menambah variasi dalam persembahan pasukan," katanya.

Skuad negara akan memulakan kem latihan pusat pada Rabu ini di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya dan mereka akan terbang ke Hong Kong tiga hari kemudian.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE  Sabtu, 30 September 2017 | 4:26pm


Thus Article Alasan Vingada tak senarai Thanabalan

Itulah artikel Alasan Vingada tak senarai Thanabalan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Alasan Vingada tak senarai Thanabalan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/alasan-vingada-tak-senarai-thanabalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Alasan Vingada tak senarai Thanabalan"

Catat Ulasan

Loading...