Loading...
Tajuk : Amalkan Air Rebusan Teh Hijau, Serai & Kurma Merah Ketika Dalam Rawatan Kanser
link : Amalkan Air Rebusan Teh Hijau, Serai & Kurma Merah Ketika Dalam Rawatan Kanser
Amalkan Air Rebusan Teh Hijau, Serai & Kurma Merah Ketika Dalam Rawatan Kanser
Penyakit kronik sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan pemakananan yang betul mampu membantu merawati penyakit ini.
Menerusi perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini merupakan bekas penghidap penyakit kanser otak.
“Semasa saya menjaga anak dalam rawatan kanser otak (pembedahan, radioterapi dan kemoterapi) saya selalu kebuntuan hendak memberi minuman apa yang sesuai untuk dia minum. Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah pula dengan rawatan yang berat ini.
“Alhamdulillah, kita memohon pada Allah… Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di waktu petang 2007 minuman ini. Dia pula suka sangat dengan minuman ini. Air teh hijau, serai dan kurma merah.Alhamdulillah anak saya dah sembuh, namun dia masih suka dengan minuman ini.
Bahan-bahan:
2 batang serai yang diketuk
1 sachet Teh hijau
3 biji kurma merah
1 liter air
Cara Membuat:
Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.
Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut cita rasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.
Sumber: Keluarga.my
Thus Article Amalkan Air Rebusan Teh Hijau, Serai & Kurma Merah Ketika Dalam Rawatan Kanser
Itulah artikel Amalkan Air Rebusan Teh Hijau, Serai & Kurma Merah Ketika Dalam Rawatan Kanser Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Amalkan Air Rebusan Teh Hijau, Serai & Kurma Merah Ketika Dalam Rawatan Kanser dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/amalkan-air-rebusan-teh-hijau-serai.html
0 Response to "Amalkan Air Rebusan Teh Hijau, Serai & Kurma Merah Ketika Dalam Rawatan Kanser"
Catat Ulasan