Loading...

Bayi 9 Bulan Derita Jangkitan Kuman Di Paru-paru Dan Darah Kerana Asap Rokok

Loading...
Bayi 9 Bulan Derita Jangkitan Kuman Di Paru-paru Dan Darah Kerana Asap Rokok - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bayi 9 Bulan Derita Jangkitan Kuman Di Paru-paru Dan Darah Kerana Asap Rokok, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bayi 9 Bulan Derita Jangkitan Kuman Di Paru-paru Dan Darah Kerana Asap Rokok
link : Bayi 9 Bulan Derita Jangkitan Kuman Di Paru-paru Dan Darah Kerana Asap Rokok

Baca juga


Bayi 9 Bulan Derita Jangkitan Kuman Di Paru-paru Dan Darah Kerana Asap Rokok


BATU PAHAT, JOHOR - Seorang bayi berusia sembilan bulan menderita akibat kerosakan paru-parunya selain terpaksa dikuarantin di rumahnya sehingga berusia empat tahun akibat asap rokok, lapor Berita Harian. 

Nur Raisha Aufa Mohd Najib, disahkan oleh pakar menghidap jangkitan kuman di paru-paru dan darah, juga diarahkan oleh doktor untuk tidak berada di luar rumah mahupun di kawasan orang ramai kerana paru-parunya yang lemah dan terdedah pada jangkitan. 

Ibunya, Nur Farahani Hamdan, 25, berkata, anaknya sudah dua kali dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat akibat sesak nafas. 

Menurutn Nur Farahani, anaknya mula mengalami masalah pernafasan sejak Aidilfitri lalu selepas diserang demam panas dan selsema sehingga menyebabkan dia dibawa ke HSNI untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. 


"Keadaan Asha ketika itu sangat kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU selama dua minggu kerana paru-parunya dikesan oleh doktor berada dalam keadaan sangat lemah. Alhamdullilah Asha pulih selepas dirawat di ICU.


"Namun Ogos lalu, keadaan Asha kembali buruk selepas demam dan selsema sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU HSNI selama seminggu dan pelbagai ujian dilakukan bagi mengesan keadaan paru-parunya yang lemah akibat jangkitan, malah pakar turut mengesan jangkitan kuman pada darahnya.

"Selepas menjalani pelbagai ujian termasuk analisis darahnya, pakar menyatakan punca paru-paru Asha lemah dan sering terkena jangkitan kuman sehingga tidak boleh bernafas adalah disebabkan asap rokok sehingga doktor mengeluarkan arahan supaya tidak lagi dibawa keluar rumah dan di tempat orang ramai sehingga usianya mencecah empat tahun.

"Pakar turut mengarahkan kami mengambil empat vaksin khas untuk paru-paru, batuk, demam dan selsema Asha di hospital swasta kerana tidak mempunyai bekalan vaksin berkenaan. Namun kami tidak mampu kerana suami hanya bekerja sebagai Pekerja Am dan saya tidak bekerja," katanya kepada BH ketika ditemui di rumahnya.


Nur Farahani berkata, bulan November anaknya juga perlu menjalani ujian darah semula bagi memastikan keadaan kesihatan bayinya itu stabil berikutan dibimbangi akan dijangkiti kuman lagi selepas ini. 

Katanya, jika bayinya dijangkiti kuman lagi selepas ini, doktor memutuskan untuk menebuk paru-paru Asha dan bayinya itu perlu bergantung kepada alat pernafasan khas bagi memastikan organ pernafasannya stabil.

Sumber: The Reporter


Thus Article Bayi 9 Bulan Derita Jangkitan Kuman Di Paru-paru Dan Darah Kerana Asap Rokok

Itulah artikel Bayi 9 Bulan Derita Jangkitan Kuman Di Paru-paru Dan Darah Kerana Asap Rokok Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bayi 9 Bulan Derita Jangkitan Kuman Di Paru-paru Dan Darah Kerana Asap Rokok dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/bayi-9-bulan-derita-jangkitan-kuman-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bayi 9 Bulan Derita Jangkitan Kuman Di Paru-paru Dan Darah Kerana Asap Rokok"

Catat Ulasan

Loading...