Loading...

Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS

Loading...
Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS
link : Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS

Baca juga


Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS

Vivi Sumanti, Astro Awani
Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS
TAKIYUDDIN: Dalam pertarungan di setiap kerusi Parlimen ditandingi oleh UMNO, kita akan lawan, itu ketegasan. - Gambar fail
 
KOTA BHARU: PAS tidak membincangkan mengenai pembahagian kerusi antara UMNO melibatkan empat buah negeri - Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang - seperti didakwa, kata Setiausaha Agong parti Islam itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, dakwaan dibuat Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa itu, dikatakan bagi mengelakkan berlaku pertandingan tiga penjuru, tidak benar sama sekali.

Bahkan, tambahnya, pada 'retreat' yang diadakan awal September lalu, pimpinan parti itu menegaskan keputusan Majlis Syura Ulamak bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO dalam setiap pertandingan sama ada di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, DUN.

“Saya menegaskan, yang pertama, Husam bukan lagi ahli PAS. Tak tahu lah kalau dia hantar jin.
"Dan saya menegaskan juga, tiada pun satu slot 'retreat' di Pulau Pangkor pada 6 hingga 8 September lalu (untuk) apa-apa perbincangan atau strategik hubungan kita dengan UMNO.

"Malahan, dalam 'retreat' itu ditegaskan, keputusan Majlis Syura Ulamak bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO.

"Dan dalam pertarungan di setiap kerusi Parlimen ditandingi oleh UMNO, kita akan lawan, itu ketegasan," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Takiyuddin menjelaskan, ini bukan kali pertama propaganda bahawa PAS ingin bergabung dengan UMNO disebarkan oleh Pakatan Harapan termasuk Amanah.

Bahkan, katanya, sudah kerap kali fitnah seumpama itu disebarkan dengan tujuan mengelirukan rakyat dan penyokong PAS.

Husam sebelum ini turut mendakwa bahawa lima orang veteran PAS turut menentang hasrat pimpinan PAS mengadakan kerjasama pembahagian kerusi dengan UMNO dan menulis surat kepada Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang.

Menurut Husam lagi, hasrat PAS ingin menjalinkan kerjasama pembahagian kerusi di negeri berkenan bertujuan mengelakkan berlaku pertandingan tiga penjuru yang mana ia akan menyebabkan sokongan dan undi kepada PAS merosot sekaligus mendorong kekalahan Pas terutama di Kelantan.


Thus Article Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS

Itulah artikel Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/bincang-pembahagian-kerusi-dengan-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bincang pembahagian kerusi dengan UMNO: Husam merepek, kata PAS"

Catat Ulasan

Loading...