Loading...

Dasar pendidikan tahfiz dilaksana selepas Majlis Raja-raja setuju

Loading...
Dasar pendidikan tahfiz dilaksana selepas Majlis Raja-raja setuju - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dasar pendidikan tahfiz dilaksana selepas Majlis Raja-raja setuju, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dasar pendidikan tahfiz dilaksana selepas Majlis Raja-raja setuju
link : Dasar pendidikan tahfiz dilaksana selepas Majlis Raja-raja setuju

Baca juga


Dasar pendidikan tahfiz dilaksana selepas Majlis Raja-raja setuju

 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berkata dasar itu yang bakal digunakan sebagai garis panduan kepada pusat tahfiz termasuk milik swasta.


wajdi-tahfiz

PASIR PUTEH: Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilaksanakan sebaik mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata dasar itu yang bakal digunakan sebagai garis panduan kepada pusat tahfiz termasuk milik swasta kini di peringkat akhir untuk mendapat perkenan.

“Dasar ini bukan satu bentuk undang-undang dan peraturan tetapi berupa syor untuk menjadikan model tahfiz terbaik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sumbangan bantuan institut tahfiz yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Tok Bali hari ini.

Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan lebih RM1.7 juta kepada 34 pusat tahfiz di Kelantan tahun ini.

Asyraf Wajdi berkata menerusi dasar pendidikan tahfiz itu, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengesyorkan langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh pusat tahfiz termasuk dari aspek keselamatan, operasi, pengurusan selain menyalurkan bantuan tahunan.

“Langkah itu boleh dijadikan sandaran kepada rakyat untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat berkenaan dan tidak lagi menjadi sebagai pilihan ke-2 dan ke-3 selepas gagal menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi,” katanya.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kerajaan persekutuan akan terus memperkasakan sistem pendidikan Islam termasuk institusi tahfiz dan pondok agama dalam usaha mencapai inspirasi melahirkan golongan profesional yang mempunyai kebolehan ilmu dunia dan akhirat.

Beliau berkata kerajaan menyasarkan 125,000 orang hafiz dan hafizah Al-Quran yang berkalibar yang turut mempunyai kepakaran dalam bidang kedoktoran, jurutera dan akauntan menjelang tahun 2050.

Katanya, seramai 6,000 hafiz dan hafizah dapat dilahirkan menerusi sistem pendidikan Darul Quran dan sekolah agama Ulul Albab di seluruh negara setakat ini.



Thus Article Dasar pendidikan tahfiz dilaksana selepas Majlis Raja-raja setuju

Itulah artikel Dasar pendidikan tahfiz dilaksana selepas Majlis Raja-raja setuju Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dasar pendidikan tahfiz dilaksana selepas Majlis Raja-raja setuju dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/dasar-pendidikan-tahfiz-dilaksana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dasar pendidikan tahfiz dilaksana selepas Majlis Raja-raja setuju"

Catat Ulasan

Loading...