Loading...

Enggan Dedah Nama Dan Muka Anak. Amar Baharin Dan Amyra Rosli Main Teka-Teki Pulak??

Loading...
Enggan Dedah Nama Dan Muka Anak. Amar Baharin Dan Amyra Rosli Main Teka-Teki Pulak?? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Enggan Dedah Nama Dan Muka Anak. Amar Baharin Dan Amyra Rosli Main Teka-Teki Pulak??, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Enggan Dedah Nama Dan Muka Anak. Amar Baharin Dan Amyra Rosli Main Teka-Teki Pulak??
link : Enggan Dedah Nama Dan Muka Anak. Amar Baharin Dan Amyra Rosli Main Teka-Teki Pulak??

Baca juga


Enggan Dedah Nama Dan Muka Anak. Amar Baharin Dan Amyra Rosli Main Teka-Teki Pulak??


KUALA LUMPUR 15 Okt. – Pelakon Amar Baharin, 32, yang baru dikurniakan bayi lelaki hari ini enggan mendedahkan nama dan wajah anak sehinggalah isterinya, Amyra Rosli, 26, yang juga pelakon, habis pantang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, buat masa ini mereka lebih senang bayi yang dilahirkan pada pukul 12 tengah hari itu dipanggil #amyraamarjr dan apabila tiba waktu sesuai, nama putera sulung mereka akan diumumkan.

“Kami sudah menandatangani perjanjian eksklusif dengan sebuah program televisyen untuk mendedahkan nama dan wajah anak. Nanti lepas tamat pantang dan program tersebut mula dita­yangkan, barulah akan diumumkan.



“Dijangka program tersebut akan menemui penonton pada awal tahun hadapan,” katanya yang berada di sisi Amyra ketika bayi tersebut dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Prince Court di sini.

Menurutnya, Amyra bersalin awal seminggu dari tarikh yang dijangkakan iaitu pada 25 Oktober ini.

Pada masa sama, menerusi laman sosial kedua-dua pelakon itu, mereka memuat naik seke­ping foto tanpa mendedahkan wajah bayi mereka.

Malah Amar juga menjelaskan, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan akan dibenarkan keluar wad esok.

Berdasarkan kapsyen yang disertakan, Amar dan Amyra berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

“Alhamdulillah... Aku mohon perlindungan untukmu wahai anakku yang baru lahir, dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan syaitan, binatang-binatang berbisa dan daripada kejahatan yang menakutkan. Amin,” tulis pasangan itu lagi.

Amar dan Amyra bernikah pada 11 November 2016 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.


Thus Article Enggan Dedah Nama Dan Muka Anak. Amar Baharin Dan Amyra Rosli Main Teka-Teki Pulak??

Itulah artikel Enggan Dedah Nama Dan Muka Anak. Amar Baharin Dan Amyra Rosli Main Teka-Teki Pulak?? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Enggan Dedah Nama Dan Muka Anak. Amar Baharin Dan Amyra Rosli Main Teka-Teki Pulak?? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/enggan-dedah-nama-dan-muka-anak-amar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Enggan Dedah Nama Dan Muka Anak. Amar Baharin Dan Amyra Rosli Main Teka-Teki Pulak??"

Catat Ulasan

Loading...