Loading...

FAM malu skuad negara kalah teruk

Loading...
FAM malu skuad negara kalah teruk - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk FAM malu skuad negara kalah teruk, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : FAM malu skuad negara kalah teruk
link : FAM malu skuad negara kalah teruk

Baca juga


FAM malu skuad negara kalah teruk



ARKIB : 12/07/2007

Oleh Amran Mulup

KUALA LUMPUR 11 Julai – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) malu dengan kekalahan teruk skuad kebangsaan kepada China dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C, Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad berkata, Malaysia tidak sepatutnya dibelasah China 1-5 sedangkan dua lagi pasukan tuan rumah iaitu Vietnam dan Indonesia mencapai kemenangan.

Vietnam berjaya menewaskan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 2-0 di Hanoi, Indonesia pula mengalahkan Bahrain 2-1 di Jakarta manakala Thailand seri 1-1 dengan Iraq di Bangkok.

Redzuan berkata, kekalahan berpunca daripada kegagalan pemain kebangsaan bermain mantap sebagaimana ditunjukkan skuad Vietnam, Indonesia dan Thailand.

Beliau berkata, sepanjang 90 minit permainan, memang cukup jelas corak permainan skuad kebangsaan tidak begitu menggalakkan.

“Mereka tidak bermain agresif malah tidak beraksi dengan penuh yakin. Saya tidak dapat terima kekalahan terlalu besar itu. Kita sepatutnya seri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Redzuan menambah, jentera serangan skuad kebangsaan jelas tumpul dan sandaran hanya kepada seorang pemain di bahagian itu adalah satu kesilapan yang tidak patut berlaku.

‘‘Kita terlalu berharap ke atas seorang penyerang dan peluang untuk mencipta jaringan lebih banyak adalah sukar, mujurlah jaringan Indra Putra dapat mengurangkan defisit gol,’’ katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Kamaruddin Ambok hairan dengan prestasi skuad negara yang kadangkala amat memberangsangkan dan secara tiba-tiba merosot pula.

“Apa yang sebenarnya pemain kebangsaan mahukan. Kita kena tanya mereka, sebab hanya mereka sahaja yang tahu masalah sebenar,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut Kamaruddin, kekalahan tersebut mungkin berpunca daripada pemain kebangsaan sendiri yang tidak bermain bersungguh-sungguh kerana risau ditimpa kecederaan.

“Adakah kemungkinan mereka risau ditimpa kecederaan dan kecederaan itu akan membawa penyakit kepada mereka ketika hari tua.

‘‘Apakah mereka mengharapkan insentif tinggi seperti pemain Eropah yang menjadi jutawan hanya dengan bermain bola,” katanya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2yFFies
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article FAM malu skuad negara kalah teruk

Itulah artikel FAM malu skuad negara kalah teruk Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel FAM malu skuad negara kalah teruk dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/fam-malu-skuad-negara-kalah-teruk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "FAM malu skuad negara kalah teruk"

Catat Ulasan

Loading...