Loading...
Tajuk : Gara-Gara Ingin Pipi Halus & Gebu, Lelaki ini Menderita Selepas Kulit Seperti Mereput Akibat Suntikan
link : Gara-Gara Ingin Pipi Halus & Gebu, Lelaki ini Menderita Selepas Kulit Seperti Mereput Akibat Suntikan
Gara-Gara Ingin Pipi Halus & Gebu, Lelaki ini Menderita Selepas Kulit Seperti Mereput Akibat Suntikan
Keinginan seorang lelaki yang untuk kelihatan lebih cantik dan bergaya dengan bertemu seorang doktor palsu telah menjadikan mimpi ngeri dalam hidupnya selepas pipinya membengkak dan turut mereput selepas mendapat suntikan cecair misteri dari doktor terbabit.
Lelaki yang dikenali sebagai Jerson Trujillo, 28, dikatakan telah berjumpa dengan seorang wanita yang dipercayaikan menjalankan perkhidmatan suntikan kecantikan yang tidak berlesen untuk mereka yang ingin tampak cantik dan lebih feminin.
Menurut Trujillo, dia berjumpa dengan wanita berkenaan pada empat tahun lalu bagi menjalani suntikan pada tulang pipinya dengan tujuan untuk mendapatkan pipi yang lebih halus dan gebu.
Trujillo menambah, pada permulaan prosedur tersebut, hasilnya amat memuaskan hatinya apabila apa yang dia inginkan hampir menjadi kenyataan, namun segalanya telah berubah selepas dia menjalani rawatan pada wajahnya.
Menurut Harian Metro, sejenis bahan yang telah digunakan ketika dalam rawatan tersebut dipercayai bertindak balas dengan cecair yang disuntik ke tulang Trujillo.
Walau bagaimanapun, selepas tiga bulan rawatan tersebut, pipinya dikatakan mulai membengkak dan turut mengeluarkan nanah serta dikatakan seperti sedang mereput seolah-olah sel-sel kulit seperti mati.
“Saya tidak tahu cecair apa yang disuntik ke dalam tubuh saya.
“Muka saya kini hancur, reput dan bernanah,” katanya.
Tambahnya, dia sudah menjalani empat pembedahan yang menyakitkan untuk merawat kembali pipinya.
Wajah asal Jerson Trujillo
Trujillo dijadualkan menjalani dua lagi pembedahan.
Wanita yang menjalankan perkhidmatan suntikan kecantikan berkenaan menghilangkan diri selepas Trujillo membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Video luahan Jerson Trujillo.
Thus Article Gara-Gara Ingin Pipi Halus & Gebu, Lelaki ini Menderita Selepas Kulit Seperti Mereput Akibat Suntikan
Itulah artikel Gara-Gara Ingin Pipi Halus & Gebu, Lelaki ini Menderita Selepas Kulit Seperti Mereput Akibat Suntikan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Gara-Gara Ingin Pipi Halus & Gebu, Lelaki ini Menderita Selepas Kulit Seperti Mereput Akibat Suntikan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/gara-gara-ingin-pipi-halus-gebu-lelaki.html
0 Response to "Gara-Gara Ingin Pipi Halus & Gebu, Lelaki ini Menderita Selepas Kulit Seperti Mereput Akibat Suntikan"
Catat Ulasan