Loading...

“Ini Digunting, Itu Dijahit” – Lelaki Ini Menangis Sebaik Melihat Proses Bersalin Isterinya

Loading...
“Ini Digunting, Itu Dijahit” – Lelaki Ini Menangis Sebaik Melihat Proses Bersalin Isterinya - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk “Ini Digunting, Itu Dijahit” – Lelaki Ini Menangis Sebaik Melihat Proses Bersalin Isterinya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : “Ini Digunting, Itu Dijahit” – Lelaki Ini Menangis Sebaik Melihat Proses Bersalin Isterinya
link : “Ini Digunting, Itu Dijahit” – Lelaki Ini Menangis Sebaik Melihat Proses Bersalin Isterinya

Baca juga


“Ini Digunting, Itu Dijahit” – Lelaki Ini Menangis Sebaik Melihat Proses Bersalin Isterinya


“Doktor sampai bawa gunting untuk keluarkan bayi.”

Lelaki ini menceritakan secara terperinci tentang apa yang dilihatnya dan seterusnya membuatkan ramai netizen berasa terharu, ngeri dan tidak kurang pula rasa takut mahu melahirkan anak di kalangan netizen wanita.

Beliau menceritakan saat-saat beliau dihubungi oleh isteri beliau ketika beliau berada di pejabat. Isteri beliau memberitahu tentang rasa sakit pada bahagian perutnya dan terdapat sedikit pendarahan.

Sebaik sahaja menerima panggilan tersebut, beliau serta-merta memberhentikan segala kerja beliau di pejabat dan bergegas pulang untuk bertemu dengan isterinya.

Masih jelas lagi di ingatan beliau, teriakan isterinya yang kesakitan. Beliau kemudiannya melihat doktor mengeluarkan gunting untuk bersalin.


Menurut doktor, disebabkan oleh saiz tubuh isterinya yang sedikit kecil, terdapat sedikit kesukaran semasa mahu melahirkan anak.


Pada mulanya, doktor telah mencuba untuk mengeluarkan bayi dengan menggunakan vakum tetapi gagal sebelum mengambil keputusan untuk menggunting kemaluan isterinya itu bagi membolehkan bayi keluar dengan selamat.

“Saya melihat doktor datang membawa sejenis peralatan bersaiz besar. Tidak lama kemudian, isteri saya menjerit-jerit. Selepas bayi keluar, semuanya berlumuran dengan darah.”

Melihat keadaan isterinya yang lemah tidak bertenaga, beliau hanya mampu untuk memegang dengan erat tangan isternya meskipun mengetahui bahawa tindakannya itu akan langsung tidak membantu mengurangkan rasa sakit yang dirasai isterinya.

Proses bersalin tidak berakhir di situ sahaja. Selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka, kesan luka dan robek itu harus dijahiti semula. Rasa sakitnya bukan main kepalang lagi.

Selasai saja bersalin dan sewaktu di dalam tempoh berpantang, meskipun rasa sakitnya tidaklah seseksa sewaktu mahu melahirkan anak, tetapi bekas jahitan masih tetap terasa peritnya.

Tidak cukup dengan itu, rasa sakit turut dirasai isterinya sewaktu mahu menyusukan anak mereka itu. Boleh dikira sejak dari awal kehamilan sehinggalah bayi lahir ke dunia, yang merasakan semua kesakitan itu adalah isteri seorang.

“Saya benar-benar berterima kasih kepada isteri saya kerana telah bersusah-payah melahirkan cahaya mata kita. Isteri aku, kau memang betul-betul hebat. Seluruh ibu di dunia ini memang hebat.”

Sumber: http://www.ohmymedia.cc


Thus Article “Ini Digunting, Itu Dijahit” – Lelaki Ini Menangis Sebaik Melihat Proses Bersalin Isterinya

Itulah artikel “Ini Digunting, Itu Dijahit” – Lelaki Ini Menangis Sebaik Melihat Proses Bersalin Isterinya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel “Ini Digunting, Itu Dijahit” – Lelaki Ini Menangis Sebaik Melihat Proses Bersalin Isterinya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/ini-digunting-itu-dijahit-lelaki-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Ini Digunting, Itu Dijahit” – Lelaki Ini Menangis Sebaik Melihat Proses Bersalin Isterinya"

Catat Ulasan

Loading...