Loading...

Kain Baju Kotor Dilonggok, Pinggan Tak Basuh Lepas Guna, RM10,000 Telah Dibelanjakan Bersih Dan Baiki Rumah Dipenuhi Sampah

Loading...
Kain Baju Kotor Dilonggok, Pinggan Tak Basuh Lepas Guna, RM10,000 Telah Dibelanjakan Bersih Dan Baiki Rumah Dipenuhi Sampah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kain Baju Kotor Dilonggok, Pinggan Tak Basuh Lepas Guna, RM10,000 Telah Dibelanjakan Bersih Dan Baiki Rumah Dipenuhi Sampah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kain Baju Kotor Dilonggok, Pinggan Tak Basuh Lepas Guna, RM10,000 Telah Dibelanjakan Bersih Dan Baiki Rumah Dipenuhi Sampah
link : Kain Baju Kotor Dilonggok, Pinggan Tak Basuh Lepas Guna, RM10,000 Telah Dibelanjakan Bersih Dan Baiki Rumah Dipenuhi Sampah

Baca juga


Kain Baju Kotor Dilonggok, Pinggan Tak Basuh Lepas Guna, RM10,000 Telah Dibelanjakan Bersih Dan Baiki Rumah Dipenuhi Sampah


Sebanyak RM10,000 telah dibelanjakan demi memberi keselesaan kepada 11 beranak di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, Sabtu lalu.

Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka, telah mengadakan aktiviti gotong-royong dan membaiki rumah tersebut.

Bagi membersihkan rumah yang dipenuhi sampah dan pakaian yang tidak berbasuh menyebabkan bau busuk dalam masa sehari telah melibatkan 70 sukarelawan.

Tiga lori digunakan untuk memgangkut sampah dan barangan yang tidak boleh digunakan ke tapak pelupusan.

Berdasarkan sumber, dapur rumah itu antara bahagian rumah paling teruk terjejas dengan sampah dan pakaian kotor dilonggokkan begitu saja selain pinggan dan periuk tidak dibasuh selepas digunakan.


Penghuni rumah berkenaan, Siti Norenliriana Mohd Fakeri, 30, yang juga ibu tunggal berkata, dia tinggal di rumah itu bersama lima anak berusia lima bulan hingga 11 tahun serta bapanya, Mohd Fakeri Othman, 57, dan adik-beradik lain




Tambahnya, akibat tidak ada kesepakatan dalam kalangan adik-beradik, rumah tempatnya berlindung kini tidak terurus.

“Saya tinggal di rumah ini sejak tiga tahun lalu selepas berpindah daripada rumah sewa di Limbongan. Meskipun jumlah penghuninya 11 orang, tapi sikap ambil mudah yang lain menyebabkan saya tak larat nak kemas rumah dan jadi begini (terlalu kotor),” katanya.

Menurutnya, selain bergantung kepada bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bapa yang bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar awam di negeri ini dengan pendapatan RM1,500 sebulan turut membantu menyara kelima-lima anaknya.

"Dia seboleh-bolehnya mahu bekerja dan berusaha menyediakan kediaman lebih baik untuk kelima-lima anaknya, namun kehadiran bayi perempuan lima bulan dan anak lain masih kecil membataskan hasratnya.

“Sebelum keadaan dapur jadi begini (terlalu kotor) saya kerap memasak, tapi sekarang harapkan ayah belikan makanan untuk isi perut kosong saya dan anak-anak dan untuk berjimat cermat, kami makan sekali sehari saja,” tambahnya lagi.

Jelasnya, masalah rumah itu mendapat perhatian guru tiga anaknya yang kemudian mengadukan perkara terbabit kepada Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka sebelum tindakan segera diambil untuk membersihkannya.

“Pada mulanya guru datang ke rumah untuk tanya khabar tiga anak yang sudah sebulan tidak ke sekolah atas alasan kerap dibuli rakan. Namun, selepas melihat keadaan rumah kami yang amat teruk, guru terbabit merujuk masalah ini kepada JKM.

Dalam masa itu, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka, Abd Razak Abu yang melawat kediaman berkenaan berkata, gotong-royong membersihkan kediaman 11 beranak itu dibantu ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta UMNO cawangan Paya Lebar.

Sumber: HMetro via Siakapkeli


Thus Article Kain Baju Kotor Dilonggok, Pinggan Tak Basuh Lepas Guna, RM10,000 Telah Dibelanjakan Bersih Dan Baiki Rumah Dipenuhi Sampah

Itulah artikel Kain Baju Kotor Dilonggok, Pinggan Tak Basuh Lepas Guna, RM10,000 Telah Dibelanjakan Bersih Dan Baiki Rumah Dipenuhi Sampah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kain Baju Kotor Dilonggok, Pinggan Tak Basuh Lepas Guna, RM10,000 Telah Dibelanjakan Bersih Dan Baiki Rumah Dipenuhi Sampah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/10/kain-baju-kotor-dilonggok-pinggan-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kain Baju Kotor Dilonggok, Pinggan Tak Basuh Lepas Guna, RM10,000 Telah Dibelanjakan Bersih Dan Baiki Rumah Dipenuhi Sampah"

Catat Ulasan

Loading...